Berita Hiburan
Amy Search buat laporan polis terhadap Shila Amzah
SHAH ALAM 16 Julai – Penyanyi rock terkenal, Datuk Amy Search membuat laporan polis terhadap penyanyi Shila Amzah susulan isu yang tular melibatkan mereka baru-baru ini.
Peguam Amy, Datuk M Reza Hassan mengesahkan laporan tersebut dan memaklumkan bahawa anak guamnya, yang bernama penuh Suhaimi Abdul Rahman, telah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam malam tadi.
“Amy memfailkan laporan terhadap Shila Amzah dan memberi keterangan kepada pegawai penyiasat,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim turut mengesahkan laporan itu, namun menjelaskan ia dibuat sebagai laporan penafian atau covering report.
“Ya, ada laporan polis. Tapi lebih kepada laporan penafian, dan laporan telah dirujuk ke IPD Dang Wangi,” katanya.
Sebelum ini, konflik antara Amy dan Shila tercetus selepas satu insiden semasa sesi latihan konsert di Stadium Merdeka, di mana Shila mendakwa dia diherdik oleh seorang individu.
Susulan kejadian itu, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah telah membuat laporan polis pada jam 5.31 petang, Khamis lalu. Namun, pada awalnya, dia tidak menamakan individu terbabit, menyebabkan netizen berspekulasi termasuk menyebut nama Datuk Awie.
Bagaimanapun, Shila akhirnya mengesahkan bahawa Amy adalah individu yang dimaksudkan, sekali gus menjawab persoalan ramai.
Semalam, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad memaklumkan bahawa kertas siasatan kes berkenaan telah lengkap dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan ugutan jenayah. – Media Telus
Berita berkaitan
October 28, 2025, 9:21 pm
Menjelang Magrib 2: Wanita Yang Dirantai temui penonton 20 November ini
October 28, 2025, 1:42 pm
'Saya datang sebab cinta, bukan benci' - Kamal Adli rayu netizen jangan kecam Uqasha
October 28, 2025, 1:11 pm
Peguam Uqasha tarik diri, prosiding cerai ditangguh 19 November
October 22, 2025, 10:45 am
Uqasha Senrose fail cerai, rumah tangga didakwa bergolak sejak April
October 9, 2025, 7:49 am
Black, Eddie umum tinggalkan kumpulan Wings
October 6, 2025, 12:18 pm
Ardell Aryana cedera serius selepas diserang tentera Israel ketika sertai misi kemanusiaan
September 27, 2025, 10:40 pm
'Niat mahu bantu Sathyia' - Murali Abdullah cadang arah drama dibintangi Sathiya dan David Arumugam
September 25, 2025, 8:27 pm
Penerbit Datuk A. Aida rebah selepas fisioterapi, kini ditidurkan
September 23, 2025, 1:32 pm
Kaki kiri Sathiya dipotong hingga paras lutut, rakyat Malaysia titip kata-kata semangat
September 22, 2025, 5:45 pm
