Berita Ekonomi
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 4.5 peratus pada suku kedua 2025
KUALA LUMPUR 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang sebanyak 4.5 peratus pada suku kedua 2025, meningkat sedikit berbanding pertumbuhan 4.4 peratus yang dicatatkan pada suku pertama tahun ini, menurut laporan awal Jabatan Perangkaan Malaysia.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, momentum pertumbuhan kekal stabil pada bulan April dan Mei, dengan jangkaan prestasi lebih kukuh pada bulan Jun.
“Penggunaan domestik kekal menjadi pemacu utama, disokong oleh pelarasan gaji sektor awam, cuti sekolah serta perbelanjaan sempena Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.
“Pasaran buruh yang stabil dengan kadar pengangguran dan inflasi yang rendah turut mengukuhkan perbelanjaan isi rumah,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut menyatakan bahawa pelaksanaan berterusan bantuan tunai seperti Sumbangan Asas Rahmah (Sara) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) memainkan peranan penting dalam mengekalkan daya beli rakyat sepanjang tempoh tersebut.
Bagi separuh pertama 2025, ekonomi negara dijangka mencatatkan pertumbuhan sederhana sekitar 4.4 peratus.
Dalam sektor pembuatan, prestasi yang dicatatkan adalah bercampur-campur dengan pertumbuhan 5.6 peratus pada April sebelum menyederhana kepada 2.8 peratus pada Mei. Pertumbuhan ini disokong oleh aktiviti berterusan dalam subsektor elektrik dan elektronik serta permintaan daripada industri berorientasikan domestik.
Sementara itu, jualan perdagangan borong dan runcit meningkat 4.4 peratus pada Mei, sedikit merosot berbanding 4.7 peratus pada April, mencerminkan kestabilan aktiviti perniagaan dan pengguna.
Namun, sektor luaran menunjukkan prestasi bercampur, dengan aktiviti perdagangan merosot pada Mei disebabkan permintaan eksport barangan yang lebih lemah.
Laporan lengkap mengenai prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2025 dijadualkan diterbitkan pada 15 Ogos 2025. - Media Telus
Berita berkaitan
April 20, 2026, 12:12 pm
Pelabur luar borong RM9.5 bilion bon tempatan, Ringgit terus juara di Asia
April 18, 2026, 4:43 pm
Gangguan bekalan minyak Caltex di 5 negeri utara dan timur
April 10, 2026, 11:06 am
Bank Dunia saran Malaysia naikkan harga RON95 kepada RM2.05 seliter, kurangkan beban subsidi
April 9, 2026, 10:36 pm
Shell Malaysia mohon maaf, jamin akan utamakan bekalan stabil
April 7, 2026, 2:21 pm
Saham IJM Corp menyusut, Sunway Bhd meningkat susulan kegagalan tawaran pengambilalihan
April 1, 2026, 7:39 pm
Gagal kawal data pelanggan, BNM denda Bank Rakyat RM1 juta
April 1, 2026, 3:53 pm
KDNK Malaysia 2026 diunjur kekal stabil 4.0% - 5.0% di sebalik cabaran inflasi global
March 30, 2026, 12:35 pm
BNM dijangka kekalkan kadar faedah 2.75 peratus sepanjang 2026
February 26, 2026, 5:29 pm
