Berita Ekonomi
Zambia tarik minat pelabur global, 2 syarikat Malaysia ikat perjanjian bernilai USD4 juta
Oleh NUR LELA ZULKIPLI
LUSAKA 18 Julai — Usaha Zambia untuk menjadi destinasi pelaburan global terus mendapat perhatian apabila Persidangan Antarabangsa Invest in Zambia International Conference (IZIC) 2025 membuka tirai hari ini di Pusat Persidangan Antarabangsa Mulungushi, di ibu negara Lusaka.
Persidangan bertemakan “Menerajui Pelaburan Transformasi Generasi Menerusi Usahasama dan Perkongsian Strategik” itu menghimpunkan hampir 2,000 delegasi, termasuk pegawai tinggi kerajaan, pelabur antarabangsa, peneraju industri, diplomat dan rakan pembangunan dari pelbagai negara.
Majlis perasmian dimulakan dengan ucapan aluan daripada Ketua Pengarah Agensi Pembangunan Zambia (ZDA), Albert Halwampa sebelum diteruskan dengan ucapan rasmi oleh Presiden Zambia, Hakainde Hichilema.
Dalam ucapannya, Presiden Hichilema berkongsi visi beliau untuk mentransformasi ekonomi Zambia, dengan menekankan pencapaian utama dan peluang besar dalam sektor perlombongan, pertanian, infrastruktur dan tenaga.
Beliau turut mengulangi komitmen Zambia untuk muncul sebagai hab pelaburan bertaraf global dan menyeru kerjasama antarabangsa dalam memperkukuhkan piawaian pelaburan mineral melalui usahasama dan perkongsian strategik.
Persidangan sulung ini turut menyaksikan penglibatan aktif syarikat dari Malaysia, apabila dua syarikat negara itu berjaya memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama rakan tempatan Zambia yang turut disaksikan oleh Presiden Zambia, Kementerian Perdagangan dan Industri, Duta Zambia ke Malaysia serta Charge d’Affaires Kedutaan Malaysia di Harare.
Antara syarikat yang terlibat ialah Grusson dari Malaysia yang menjalinkan kerjasama dengan Umoyo Natural Health menerusi perjanjian bernilai USD2 juta.
Selain itu, IB Tech Line Sdn Bhd dan iSanitize turut menandatangani perjanjian kerjasama selama dua tahun yang turut bernilai USD2 juta.
Kesemua perjanjian ini dilihat sebagai langkah positif dalam memperkukuhkan hubungan ekonomi dan pelaburan antara Malaysia dan Zambia serta membuka peluang pelaburan baharu dalam pelbagai sektor strategik. - Media Telus
Berita berkaitan
April 20, 2026, 12:12 pm
Pelabur luar borong RM9.5 bilion bon tempatan, Ringgit terus juara di Asia
April 18, 2026, 4:43 pm
Gangguan bekalan minyak Caltex di 5 negeri utara dan timur
April 10, 2026, 11:06 am
Bank Dunia saran Malaysia naikkan harga RON95 kepada RM2.05 seliter, kurangkan beban subsidi
April 9, 2026, 10:36 pm
Shell Malaysia mohon maaf, jamin akan utamakan bekalan stabil
April 7, 2026, 2:21 pm
Saham IJM Corp menyusut, Sunway Bhd meningkat susulan kegagalan tawaran pengambilalihan
April 1, 2026, 7:39 pm
Gagal kawal data pelanggan, BNM denda Bank Rakyat RM1 juta
April 1, 2026, 3:53 pm
KDNK Malaysia 2026 diunjur kekal stabil 4.0% - 5.0% di sebalik cabaran inflasi global
March 30, 2026, 12:35 pm
BNM dijangka kekalkan kadar faedah 2.75 peratus sepanjang 2026
February 26, 2026, 5:29 pm
