Berita Sukan
'Hanya makan foodpack' - Kurang pilihan makanan halal di Jerman punca prestasi Umar terjejas
BOCHUM, Jerman, 24 Julai – Kekurangan pilihan makanan halal menjadi antara kekangan utama yang dihadapi jaguh 400 meter negara, Umar Osman, ketika beraksi di temasya Sukan Universiti Dunia (WUG) Rhine-Ruhr 2025 yang berlangsung di Lohrheidestadion.
Umar, 21, mengakui terpaksa bergantung kepada makanan sedia dimakan (RTE) sepanjang berada di Jerman, sesuatu yang menjejaskan tenaganya dan sekaligus memberi kesan kepada prestasinya dalam acara utama.
"Bagi saya, mungkin faktor nutrisi menyebabkan saya gagal mencatat masa yang diinginkan. Kebanyakan makanan di sini tidak halal, jadi saya hanya makan foodpack.
"Tetapi foodpack itu pun agak pedas untuk saya. Mahu atau tidak, saya tetap kena makan untuk dapatkan tenaga," katanya dalam laporan Bernama.
Atlet muda dari Politeknik Ungku Omar itu sekadar menamatkan saingan separuh akhir acara 400 meter dengan menduduki tempat keenam dalam saringan kedua, merekodkan masa 47.10 saat iaitu catatan terburuknya musim ini.
Umar yang juga pemegang rekod kebangsaan acara 400m dengan masa 46.09s, berkata kekurangan tenaga nyata dirasai ketika beraksi, khususnya pada 100 meter terakhir.
"Badan saya agak lemah, terutama selepas 300 meter pertama. Saya cuba untuk kekal bersama pelari lain, tetapi 100 meter terakhir, saya sudah tidak mampu untuk teruskan dengan rentak yang sama," jelasnya.
Untuk rekod, catatan terbaik musim ini bagi Umar ialah 46.25 saat yang dicatatkan pada Kejohanan Olahraga Asia di Gumi, Korea Selatan, Mei lalu.
Umar dijangka kembali beraksi dalam acara 4x400 meter campuran esok, sebelum membantu pasukan lelaki negara dalam acara 4x400 meter lelaki pada Sabtu ini.
Berita berkaitan
June 12, 2026, 9:36 am
Harimau Malaya naik dua anak tangga ke kedudukan 136 dunia
June 8, 2026, 7:20 pm
Piala AFF: Nafuzi Zain dilantik bimbing Harimau Malaya bulan depan
May 30, 2026, 4:34 pm
Azeem Fahmi lakar sejarah layak ke Grand Final NCAA
May 25, 2026, 3:54 pm
Arif Aiman selamat tamatkan zaman bujang, dijangka bersanding malam ini
May 19, 2026, 3:54 pm
Chen Tang Jie, Toh Ee Wei dinobat Olahragawan dan Olahragawati Negara
May 19, 2026, 11:20 am
Neymar kembali sertai skuad Brazil ke Piala Dunia 2026
May 18, 2026, 11:28 am
Isu gaji KTRW makin parah: Bank kejar, kereta kena tarik dan pemain dihalau rumah
May 17, 2026, 3:31 pm
Khairul Fahmi 'Apek' tinggalkan Sabah FC selepas lima tahun berbakti
May 15, 2026, 10:01 am
JDT lihat sudut positif walaupun gagal ke final ACC
May 14, 2026, 7:28 am
