Berita Hiburan
Hafiz Suip sah bercerai, serah hak penjagaan anak kepada bekas isteri
KUALA LUMPUR 29 Julai - Penyanyi terkenal Hafiz Suip mengesahkan telah bercerai talak satu dengan isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah di Mahkamah Syariah Shah Alam, Mei lalu.
Menurut Hafiz, keputusan untuk menamatkan perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah, malah mereka mengambil masa hampir setahun untuk mencapai kata putus.
"Kami sudah bercerai secara rasmi pada 29 Mei lalu. Namun, hubungan kami pada fasa baik.
"Saya cuba untuk berdamai dengan takdir dan bagi mengelak situasi tidak baik, hak penjagaan anak-anak diserahkan kepada bekas isteri.
"Bagi saya, tidak guna berebut turun naik mahkamah, jadi lebih baik kita berdamai. Saya doakan yang terbaik untuk bekas isteri dan anak-anak," katanya ketika ditemui pada sesi ramah mesra bersama media, semalam.
Jelas Hafiz, meskipun mereka sudah berpisah, perbincangan mengenai pengurusan anak-anak masih diteruskan memandangkan dia kini menetap di Kuching, Sarawak.
"Biarlah bekas isteri yang menjaga anak-anak. Jika saya berada di tempat mereka pun, saya akan pilih ibu. Bukan bermakna anak-anak tidak perlukan bapa, tetapi, mereka pasti lebih selesa bersama ibu.
"Saya masih lagi berbincang dengan bekas isteri untuk luangkan masa dengan anak-anak sebulan sekali. Saya akan turun ke sini (Kuala Lumpur) dengan lebih kerap dan minta izin untuk bermalam dengan anak-anak,"katanya lagi.
Hafiz turut menegaskan bahawa dia tidak menyesali apa yang berlaku dalam rumah tangga yang dibina sejak 2016 itu.
"Ini adalah takdir dan saya hanya ingin berdamai dengan takdir. Lagipun saya tak nak timbulkan apa-apa masalah. Cukuplah turun naik mahkamah untuk urusan penceraian... Saya penat," katanya.
Ketika ditanya sama ada masih ada peluang untuk mereka kembali bersama, Hafiz menyatakan perkara itu sudah ditutup.
"Bercakap pasal ruang, perkara itu sudah pun selesai. Kalau sebelum bercerai mungkin boleh dipertimbangkan lagi.
"Kami bukan tidak mencuba, sepanjang setahun kemelut berlaku, kami ada mencuba perbaiki perhubungan ini. Tetapi, ini adalah yang terbaik (cerai).
"Bukan senang hendak hadapi perceraian, saya masih lagi membiasakan diri dengan status baharu ini. Hanya mereka yang melaluinya sahaja tahu bagaimana peritnya perpisahan," ujarnya.
Untuk rekod, Hafiz mendirikan rumah tangga dengan Nureffy pada 14 Mei 2016 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 8, dan Muhammad Alkaf Zayne, 5.
Berita berkaitan
October 28, 2026, 12:09 pm
Filem KUDRAT 1968: High Council rai RM3 juta jualan tiket awal sebelum tayangan rasmi
October 28, 2026, 10:59 am
Pernah mengacarakan program Malaysia, video lama Rina Nose dipermalukan di Indonesia kembali tular
October 27, 2026, 2:56 pm
Tindakan tetamu tarik leher Bella Astillah di majlis resepsi undang kecaman netizen
October 8, 2026, 4:14 pm
'Settle dulu EPF pekerja', Jep Sepahtu muak jadi bahan 'marketing'
October 8, 2026, 10:59 am
Alif Satar bersuara isu provokasi bola sepak jenama Indonesia
October 2, 2026, 1:09 pm
Pengorbanan jaga ibu terbalas, adik sebak terima kereta mewah daripada Azhan Rani
September 30, 2026, 8:07 pm
Penyanyi rock legenda Nash kemalangan lepas balik dari surau
September 27, 2026, 4:18 pm
Rita Rudaini gesa pihak sekolah tidak lindungi pembuli, ambil tindakan seawal aduan pertama
September 26, 2026, 1:30 pm
Zahnita Wilson selamat bergelar isteri Farouk Osman dengan sekali lafaz
September 17, 2026, 4:41 pm
