Berita Sukan
JDT perkuat skuad dengan pemain Sepanyol, Teto Martin
KUALA LUMPUR 30 Julai – Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) terus memantapkan skuad menjelang musim baharu apabila mengumumkan kehadiran pemain muda berbakat dari Sepanyol, Alberto Martin Diaz atau lebih dikenali sebagai Teto Martin.
Perpindahan pemain sayap berusia 23 tahun itu diumumkan secara rasmi melalui platform media sosial Johor Southern Tigers semalam.
“Pemain tengah muda dari Sepanyol milik kami. Selamat datang ke JDT, Teto!” tulis kenyataan ringkas kelab itu.
Teto menyertai JDT selepas menamatkan kontrak bersama CD Tenerife, kelab dari divisyen kedua liga Sepanyol, La Liga 2. Sepanjang bersama Tenerife, beliau melakukan 21 penampilan liga dan dua kemunculan dalam saingan Copa del Rey.
Kehadiran Teto dijangka memberi lebih banyak pilihan taktikal kepada ketua jurulatih JDT, Xisco Munoz, khususnya di posisi sayap serta meningkatkan persaingan dalam kalangan pemain sedia ada.
Dilahirkan di Santa Cruz de Tenerife, Teto menyertai akademi Tenerife sejak usia sembilan tahun dan mula mencuri perhatian apabila menjaringkan gol dalam aksi sulungnya bersama pasukan simpanan pada Mac 2021.
Beliau membuat penampilan pertama bersama skuad utama pada Disember 2021 dalam perlawanan Copa del Rey sebelum debut dalam saingan Segunda Division pada Ogos 2022 ketika menentang SD Eibar.
Gol profesional pertama Teto hadir pada 19 September 2022 ketika membantu Tenerife menewaskan Malaga CF 3–1. Susulan aksi konsisten, beliau menandatangani kontrak lanjutan bersama Tenerife hingga 2027 sebelum memilih untuk menerima cabaran baharu bersama juara Liga Super 11 kali itu. – Media Telus.
Berita berkaitan
June 12, 2026, 9:36 am
Harimau Malaya naik dua anak tangga ke kedudukan 136 dunia
June 8, 2026, 7:20 pm
Piala AFF: Nafuzi Zain dilantik bimbing Harimau Malaya bulan depan
May 30, 2026, 4:34 pm
Azeem Fahmi lakar sejarah layak ke Grand Final NCAA
May 25, 2026, 3:54 pm
Arif Aiman selamat tamatkan zaman bujang, dijangka bersanding malam ini
May 19, 2026, 3:54 pm
Chen Tang Jie, Toh Ee Wei dinobat Olahragawan dan Olahragawati Negara
May 19, 2026, 11:20 am
Neymar kembali sertai skuad Brazil ke Piala Dunia 2026
May 18, 2026, 11:28 am
Isu gaji KTRW makin parah: Bank kejar, kereta kena tarik dan pemain dihalau rumah
May 17, 2026, 3:31 pm
Khairul Fahmi 'Apek' tinggalkan Sabah FC selepas lima tahun berbakti
May 15, 2026, 10:01 am
JDT lihat sudut positif walaupun gagal ke final ACC
May 14, 2026, 7:28 am
