Berita Dunia
Gempa bumi kuat, Rusia isytihar darurat
MOSCOW 30 Julai – Wilayah Sakhalin di timur Rusia mengisytiharkan darurat di Kepulauan Kuril Utara selepas dilanda tsunami yang menyebabkan banjir dan kerosakan pada beberapa struktur bangunan, hari ini.
Menurut kenyataan rasmi kerajaan Sakhalin, kejadian itu berpunca daripada gempa bumi kuat sebelum disusuli ombak tsunami yang memberi kesan serius terhadap infrastruktur di kawasan terbabit.
Datuk Bandar Daerah Kuril Utara, Alexander Ovsyannikov memaklumkan semua penduduk telah dipindahkan ke zon selamat sebelum tsunami melanda, dengan tempoh kira-kira satu jam diberikan untuk proses pemindahan.
Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan, namun operasi pemantauan dan pemulihan kini sedang dijalankan secara aktif oleh pihak berkuasa tempatan bersama pasukan kecemasan.
Terdahulu, gempa bumi sekuat 8.8 magnitud melanda pesisir timur Rusia, mencetuskan tsunami setinggi 3 meter yang turut memberi kesan kepada kawasan pantai di Rusia dan Hawaii.
Sementara itu, amaran tsunami setinggi 1 hingga 3 meter turut dikeluarkan bagi Jepun dan wilayah Guam sebagai langkah berjaga-jaga.
Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa direkodkan kira-kira 136 kilometer timur Petropavlovsk, di Semenanjung Kamchatka, pada kedalaman 19 kilometer.
Berita berkaitan
December 17, 2025, 1:11 pm
Trump larang warga Palestin masuk AS
December 15, 2025, 8:32 pm
Ibu bapa doa keselamatan lelaki disanjung wira insiden tembakan Pantai Bondi
December 15, 2025, 9:16 am
Serangan tembakan Pantai Bondi: Polis sahkan bapa, anak dalang,16 terkorban
December 9, 2025, 12:53 pm
Kemboja balas serangan, pertempuran dengan Thailand semakin tegang
December 1, 2025, 10:02 pm
Afrika lancar suntikan cegah HIV pertama
November 28, 2025, 8:16 pm
Penduduk Hatyai ambil barang tanpa bayar selepas banjir cetus perdebatan
November 28, 2025, 1:38 pm
Terpaksa tambah peti mayat, 105 mayat ditemui dalam tempoh lima hari banjir landa Hatyai
November 28, 2025, 9:39 am
Korban kebakaran terburuk di Hong Kong cecah 94 orang
November 27, 2025, 10:09 am
