Berita Dunia
Tak sampai setahun, bekas PM Thailand terlibat rasuah dibebaskan awal dari penjara
BANGKOK 11 Mei – Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dibebaskan lebih awal dari penjara hari ini selepas menjalani hukuman atas kesalahan rasuah, menurut wartawan AFP di luar penjara Bangkok.
Bilionair telekomunikasi berusia 76 tahun itu sebelum ini menjalani hukuman penjara selama setahun sejak September 2025 dan kini perlu memakai peranti pemantauan elektronik sepanjang tempoh parol selama empat bulan.
Sejurus dibebaskan, Thaksin dilihat memeluk ahli keluarganya di luar penjara sambil disambut ratusan penyokong yang memakai baju merah ikonik.
Sebahagian penyokong turut melaungkan kata-kata “kami sayang Thaksin”, menurut laporan AFP.
Thaksin selama lebih dua dekad menjadi musuh utama kelompok elit Thailand yang pro-tentera dan pro-raja kerana kempen populisnya dianggap mengancam tatanan sosial tradisional negara itu.
Parti Pheu Thai yang dipimpin beliau pula muncul sebagai antara parti politik paling berjaya di Thailand pada abad ke-21 dengan keluarga Shinawatra melahirkan empat perdana menteri serta mendapat sokongan besar daripada masyarakat luar bandar.
Bagaimanapun, parti itu merekodkan keputusan pilihan raya paling buruk pada Februari lalu apabila hanya menduduki tempat ketiga, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai masa depan pengaruh politik keluarga Shinawatra.
Namun, penyertaan Pheu Thai dalam gabungan kerajaan pimpinan Perdana Menteri konservatif, Anutin Charnvirakul dilihat membuka ruang kepada kemungkinan kebangkitan semula pengaruh politik Thaksin.
Berita berkaitan
October 22, 2026, 1:59 pm
'Mereka selalu anggap masykarat kita kelas kedua', Boy Hamzah dedah kenapa buat video herdik Malaysia
October 21, 2026, 11:25 am
'Dah macam bengkel motor', kilang keropok di Indonesia mula jadi bualan netizen
October 19, 2026, 9:54 pm
Paderi maut ditimpa kayu salib ketika 'live' di gereja
October 17, 2026, 6:07 pm
Jerebu cetus tahap amaran tertinggi di Asia Tenggara
October 17, 2026, 1:39 pm
Indonesia rekod 354 titik panas, kualiti udara kekal membimbangkan
October 17, 2026, 10:43 am
Asap kebakaran hutan Kalimantan dah sampai Jakarta
October 16, 2026, 6:31 pm
Wanita jatuh tebing lepas baring atas batu sungai
October 15, 2026, 12:37 pm
Hutan hijau terus dibakar lagi bagai tiada penyesalan di Indonesia
October 15, 2026, 12:19 pm
Pelajar, guru pakai tudung dilarang masuk sekolah di Azerbajian
October 15, 2026, 10:23 am
