Berita Dunia
Vijay Thalapathy dijangka angkat sumpah KM Tamil Nadu esok
CHENNAI 6 Mei – Joseph Vijay Chandrasekhar dijangka mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu pada 7 Mei ini susulan kemenangan besar parti pimpinannya, Tamilaga Vettri Kazhagam (TVK), dalam pilihan raya negeri baru-baru ini.
Menurut laporan agensi berita Asian News International (ANI), majlis angkat sumpah itu dijangka berlangsung di Stadium Tertutup Jawaharlal Nehru di Chennai, sementara Vijay dijadualkan menghadap Gabenor Tamil Nadu pada 6 Mei bagi mengemukakan tuntutan rasmi membentuk kerajaan.
Perkembangan itu hadir selepas gabenor menerima peletakan jawatan penyandang, M. K. Stalin, susulan keputusan pilihan raya, namun beliau diminta terus menjalankan tugas sehingga kerajaan baharu dibentuk.
Dalam keputusan bersejarah, TVK muncul sebagai parti tunggal terbesar apabila meraih 108 daripada 234 kerusi Dewan Undangan Negeri, hanya kekurangan 10 kerusi untuk mencapai majoriti mudah 118 kerusi.
Bagi melengkapkan majoriti, TVK kini dilaporkan giat mengadakan rundingan dengan beberapa parti kecil termasuk Indian National Congress serta parti-parti berhaluan kiri. Sokongan tambahan ini dilihat penting bagi memastikan kestabilan pentadbiran baharu yang bakal dibentuk.
Fenomena kebangkitan pemimpin baharu ini bukan sahaja berlaku di India, malah turut dapat dilihat di negara lain.
Sebelum ini, Balendra Shah, seorang bekas penyanyi rap, mencipta kejutan apabila mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Nepal pada Mac lalu, mencerminkan perubahan trend politik yang semakin memihak kepada figura luar arus perdana. - Agensi
Berita berkaitan
August 25, 2026, 12:56 pm
Thailand perketat penguatkuasaan trafik termasuk dari Malaysia
August 25, 2026, 12:40 pm
Pattani bergegar lagi, polis tahan dua suspek
August 24, 2026, 8:33 pm
Spider-Man 'muay thai' individu anti orang islam
August 24, 2026, 4:50 pm
Selatan Thailand terus bergolak, lima lagi siri letupan bom gegarkan Narathiwat dan Pattani
August 21, 2026, 10:56 am
Rumah Putih dakwa Malaysia, Indonesia antara puluhan negara bantu China elak tarif AS
August 15, 2026, 11:05 am
Trump dakwa akan isytihar Selat Hormuz sebagai wilayah AS
August 13, 2026, 12:55 pm
Belayar dari Port Klang, kapal kontena Nawata Bhum rempuh tebing sungai di India
August 12, 2026, 8:12 pm
Rak jemuran jatuh dari langit hempas warga emas, penunggang motosikal
August 12, 2026, 4:14 pm
Pemandu muslim maut lepas diserang orang ramai di India
August 11, 2026, 9:45 am
