Berita Berita
Pelajar Tingkatan 3 dirogol bergilir-gilir dalam kelas sambil dirakam, KPM bakal ambil tindakan tegas
KUALA LUMPUR, 11 Okt — Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan bahawa tiada ruang kompromi terhadap mana-mana kes salah laku seksual dan tindakan tegas akan diambil terhadap pelaku tanpa mengira siapa mereka.
Dalam kenyataan pada Sabtu, KPM memaklumkan pihaknya mengambil serius insiden salah laku seksual membabitkan beberapa pelajar di sebuah sekolah menengah di Melaka, yang kini dalam siasatan polis.
“Kes ini sedang disiasat oleh pihak polis dan semua suspek telah ditahan reman untuk siasatan lanjut.
“KPM memberi kerjasama penuh kepada proses siasatan yang sedang berjalan,” jelas kenyataan itu.
Terdahulu, seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga dilaporkan mengalami trauma dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir dua pelajar senior, dalam kejadian di sebuah kelas di Alor Gajah pada 2 Oktober lalu.
Lebih mengejutkan, perbuatan tidak bermoral itu dikatakan dirakam dan ditonton dua pelajar lain menggunakan telefon bimbit.
Kejadian terbongkar selepas video berkenaan tersebar dalam kalangan pelajar dan dimaklumkan kepada guru sebelum diketahui ibu mangsa pada petang Jumaat.
Susulan kejadian itu, KPM mengarahkan semua pentadbir institusi pendidikan mematuhi sepenuhnya Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Seksual yang sedang digunapakai serta memastikan keselamatan murid, guru dan seluruh warga sekolah sentiasa terjamin.
Berita berkaitan
May 23, 2026, 1:43 pm
Rayer menang saman fitnah, netizen diperintah bayar RM100,000
May 23, 2026, 1:08 pm
Malaysia perlu kurangkan kebergantungan kepada buruh asing - Anwar
May 23, 2026, 12:52 pm
Amirudin teruk dikecam jawab tak jumpa tanah untuk bina hospital awam baru di PJ
May 23, 2026, 10:23 am
Anwar hubungi Vijay Thalapathy, maklumkan kemungkinan ke Tamil Nadu
May 23, 2026, 9:33 am
JAKIM guna AI percepat proses pensijilan halal
May 22, 2026, 8:19 pm
Ibu sedih anak kerap dibuli di sekolah hingga retak tulang tangan, muka lebam
May 22, 2026, 4:43 pm
Ustaz Mad Kecik selamat diijabkabulkan dengan pelajar madrasah
May 22, 2026, 4:43 pm
