Berita Berita
Dewan Rakyat kecoh isu menantu Muhyiddin, pembangkang serang balik isu ‘terowong’
KUALA LUMPUR 5 Nov. - Sidang Dewan Rakyat petang ini kecoh apabila isu kegagalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kembali mencetuskan pertikaman lidah antara wakil kerajaan dan pembangkang.
Ketegangan bermula ketika Khoo Poay Tiong (PH–Kota Melaka) membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 peringkat jawatankuasa, apabila beliau mempersoalkan bagaimana SPRM yang mempunyai 1,114 anggota masih tidak dapat mengesan ahli perniagaan Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, yang menurutnya “hilang dari dunia ini”.
“Setiap kali kita bangkitkan isu menantu Pagoh, jawapan SPRM tetap sama — mereka tidak dapat mengesan ke mana beliau pergi,” katanya.
Kenyataan itu segera dibantah Datuk Abdul Khalib Abdullah (PN–Rompin), yang menggunakan Peraturan Mesyuarat 36(10) dan mendakwa ucapan Poay Tiong menimbulkan rasa sakit hati dalam kalangan Ahli Parlimen pembangkang.
“Memang kami sakit hati. Asyik cerita benda sama. Banyak isu rakyat yang kita nak dengar. Orang Kota Melaka pun tak nak dengar ini. Saya rasa Yang Dipertua pun bingit… muak, jelak,” katanya.
Poay Tiong mempertahankan bahawa isu tersebut melibatkan kepentingan rakyat.
Tidak berpuas hati, Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary (PN–Pengkalan Chepa) pula mencelah dengan mempersoalkan mengapa Ahli Parlimen Kota Melaka itu tidak menyentuh isu projek terowong dasar laut yang dikaitkan dengan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Abdul Khalib turut menyokong celahan itu, menyebabkan keadaan semakin tegang.
Pertikaman lidah antara kedua-dua blok berlarutan hampir 10 minit sebelum Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, campur tangan.
Beliau menegaskan mana-mana Ahli Parlimen bebas bertanya soalan selagi tidak menyentuh perkara yang sedang dalam proses mahkamah.
“Kita boleh bertanya apa sahaja. Saya tidak akan menghalang kerana Dewan ini adalah medan untuk bertanya,” katanya.
Berita berkaitan
April 5, 2026, 5:02 pm
PN belum terima permohonan Hamzah sertai parti komponen – Takiyuddin
April 5, 2026, 4:52 pm
Polis buru pemandu lawan arus sejauh 500 meter di Jalan Klang Lama
April 5, 2026, 4:49 pm
Gara-gara buat aksi 'gelongsor', kaki budak 10 tahun tersangkut di celah pemegang tangga PPR
April 5, 2026, 4:40 pm
KPM siasat pematuhan SOP insiden dua pelajar IPG lemas di Pantai Merdeka
April 5, 2026, 4:31 pm
'Berilah sedikit kredit' – PM bidas pembangkang, tegas tidak 'apologetik' depan Trump
April 5, 2026, 11:47 am
Malaysia kecam serangan berterusan ke atas UNIFIL, desak tindakan tegas Majlis Keselamatan PBB
April 4, 2026, 8:07 pm
Kejohanan Catur Masjid India tarik lebih 200 peserta, buka laluan ke pentas dunia
April 4, 2026, 1:39 pm
KPT teliti langkah bantu mahasiswa hadapi peningkatan kos sara hidup
April 4, 2026, 1:04 pm
Suspek cederakan anggota AADK di Bangsar dikenal pasti miliki rekod jenayah dan dadah
April 4, 2026, 12:50 pm
