Berita Berita
KPM siasat pematuhan SOP insiden dua pelajar IPG lemas di Pantai Merdeka
KUALA LUMPUR 5 April – Kementerian Pendidikan (KPM) telah memulakan siasatan dalaman bagi meneliti tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) susulan tragedi lemas membabitkan dua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis, semalam.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya kini sedang menguruskan bantuan terbaik kepada keluarga mangsa dengan memberi keutamaan kepada aspek kebajikan dan kesejahteraan mereka sepanjang tempoh sukar ini.
Beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga kedua-dua pelajar berkenaan yang mengalami kemalangan sewaktu mengikuti Program Pendidikan Luar Kampus di Pantai Merdeka, Kedah.
"Mewakili seluruh keluarga KPM, saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa. Semoga mereka diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini," katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hanyan Ramlan dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa siasatan awal mendapati kayak yang dinaiki mangsa dipercayai terbalik akibat dipukul ombak dan arus kuat.
Menurut beliau, mangsa yang dikenali sebagai Christopher Ling Jia Siang, 21, dan Joey Ling Lin Siang, 20, ditemukan meninggal dunia kira-kira jam 7.30 malam semalam dalam keadaan tersangkut pada jaring nelayan tempatan.
"Kedua-dua mangsa memakai jaket keselamatan ketika menjalankan aktiviti tersebut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Pihak polis juga akan merujuk laporan ini kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) untuk siasatan lanjut punca kemalangan di laut," jelasnya.
Insiden yang berlaku kira-kira jam 5.00 petang semalam itu melibatkan aktiviti berkayak yang merupakan sebahagian daripada pengisian program pendidikan luar kampus bagi pelajar-pelajar berkenaan sebelum berakhir dengan tragedi memilukan.
Berita berkaitan
April 5, 2026, 8:48 pm
'Pak guard' maut dipercayai dipukul selepas tegur lelaki minum ketika buat rondaan di Klang
April 5, 2026, 5:02 pm
PN belum terima permohonan Hamzah sertai parti komponen – Takiyuddin
April 5, 2026, 4:52 pm
Polis buru pemandu lawan arus sejauh 500 meter di Jalan Klang Lama
April 5, 2026, 4:49 pm
Gara-gara buat aksi 'gelongsor', kaki budak 10 tahun tersangkut di celah pemegang tangga PPR
April 5, 2026, 4:31 pm
'Berilah sedikit kredit' – PM bidas pembangkang, tegas tidak 'apologetik' depan Trump
April 5, 2026, 11:47 am
Malaysia kecam serangan berterusan ke atas UNIFIL, desak tindakan tegas Majlis Keselamatan PBB
April 4, 2026, 8:07 pm
Kejohanan Catur Masjid India tarik lebih 200 peserta, buka laluan ke pentas dunia
April 4, 2026, 1:39 pm
KPT teliti langkah bantu mahasiswa hadapi peningkatan kos sara hidup
April 4, 2026, 1:04 pm
