Berita Berita
'Berilah sedikit kredit' – PM bidas pembangkang, tegas tidak 'apologetik' depan Trump
JOHOR BAHRU 5 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pihak pembangkang agar memberikan kredit terhadap keberanian kerajaan menyuarakan pendirian tegas dalam isu geopolitik dunia, termasuk konflik membabitkan Iran dan Gaza.
Berucap pada Konvensyen Keadilan Johor hari ini, beliau menegaskan bahawa hubungan diplomatik yang diperkukuh di bawah pentadbirannya membuahkan hasil nyata apabila kapal-kapal Malaysia kini dibenarkan melalui Selat Hormuz susulan persefahaman baik dengan kepimpinan Iran.
Anwar menzahirkan rasa kecewa apabila usaha tersebut sering dipertikai, sedangkan Malaysia merupakan antara segelintir negara yang berani membantah secara terbuka serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran, selain konsisten memperjuangkan nasib rakyat Palestin.
"Ingat senang nak pujuk Presiden Iran untuk kapal kita lalui Selat Hormuz? Berilah sedikit kredit, ini pembangkang tak beri kredit. Kita boleh telefon berulang kali, kita boleh usulkan di Parlimen bantah serangan Israel dan AS terhadap Iran," katanya.
Mengulas mengenai pertemuan beliau dengan Presiden AS, Donald Trump di dalam kenderaan rasmi "The Beast", Perdana Menteri menegaskan beliau tidak bersikap 'apologetik' dan tetap membawa suara reformasi keadilan dalam rundingan tersebut tanpa mengorbankan kepentingan negara.
Beliau mendedahkan telah menyatakan secara terus kepada Trump mengenai pertemuannya dengan pemimpin Hamas bagi menekankan penderitaan rakyat Palestin dan pencerobohan tanah yang berlaku, sebagaimana mesej kritikan terhadap hipokrasi Barat yang pernah disampaikan kepada Joe Biden sebelum ini.
Dalam perkembangan berkaitan negeri Johor, Anwar menjelaskan bahawa lonjakan ekonomi negeri itu, termasuk rekod pelaburan RM110 bilion tahun lalu, adalah hasil dukungan padu dasar Kerajaan Persekutuan.
Beliau memberikan contoh pemulihan projek Forest City, penyelesaian isu Pelabuhan Maharani, serta komitmen peribadinya dalam berunding dengan kepimpinan Singapura bagi memeterai perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
"Jangan seolah-olah kita tidak melakukan apa-apa. Saya tidak menafikan peranan kerajaan negeri Johor, tetapi ini soal dasar dan fakta yang boleh disemak melalui rekod tiga tahun lalu," tambahnya lagi.
Hadir sama dalam konvensyen tersebut ialah Menteri Komunikasi merangkap Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil serta barisan kepimpinan tertinggi parti.
Berita berkaitan
April 5, 2026, 10:35 pm
Bekas Pelajar UM juara Kejohanan Catur Masjid India, puji penganjuran bertaraf tinggi
April 5, 2026, 8:48 pm
'Pak guard' maut dipercayai dipukul selepas tegur lelaki minum ketika buat rondaan di Klang
April 5, 2026, 5:02 pm
PN belum terima permohonan Hamzah sertai parti komponen – Takiyuddin
April 5, 2026, 4:52 pm
Polis buru pemandu lawan arus sejauh 500 meter di Jalan Klang Lama
April 5, 2026, 4:49 pm
Gara-gara buat aksi 'gelongsor', kaki budak 10 tahun tersangkut di celah pemegang tangga PPR
April 5, 2026, 4:40 pm
KPM siasat pematuhan SOP insiden dua pelajar IPG lemas di Pantai Merdeka
April 5, 2026, 11:47 am
Malaysia kecam serangan berterusan ke atas UNIFIL, desak tindakan tegas Majlis Keselamatan PBB
April 4, 2026, 8:07 pm
Kejohanan Catur Masjid India tarik lebih 200 peserta, buka laluan ke pentas dunia
April 4, 2026, 1:39 pm
