Berita Berita
Warga emas nyaris dipatuk ular tedung melingkar atas mangkuk tandas di Baling
BALING 21 Nov - Detik cemas dialami seorang wanita warga emas apabila hampir dipatuk seekor ular tedung selar sepanjang hampir lima meter di rumahnya di Kampung Ketembar, Masjid Kuala Pegang, di sini, hari ini.
Wanita berusia sekitar 70 tahun itu terkejut sebaik membuka pintu tandas dan ternampak reptilia berbahaya itu dalam keadaan melingkar.
Panik dengan situasi berkenaan, beliau segera menghubungi anak lelakinya sebelum mendapatkan bantuan bomba.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.40 pagi sebelum mengerahkan enam anggota ke lokasi.
Menurutnya, operasi menangkap ular itu mengambil masa kira-kira 30 minit berikutan haiwan tersebut bertindak agresif.
“Ular tedung selar itu menegakkan badan dan berdiri hampir satu meter. Keadaan tandas yang sempit juga menyukarkan anggota menggunakan penjerut dan memerlukan mereka berhati-hati bagi mengelak sebarang risiko,” katanya.
Beliau berkata, reptilia itu dipercayai masuk melalui lubang paip bilik air yang tidak mempunyai penutup.
Ular berkenaan akhirnya berjaya ditangkap sebelum dilepaskan semula ke habitat asal jauh daripada kawasan penempatan penduduk.
Zulkhairi turut menasihatkan orang ramai lebih berwaspada susulan cuaca tidak menentu yang menjadikan persekitaran lebih lembap dan sejuk, sekali gus menarik kehadiran haiwan berbisa.
Berita berkaitan
May 16, 2026, 2:45 pm
KPM hapus rekod manual kokurikulum guru, sedia tambahan dana bilik guru RM100 juta
May 16, 2026, 2:37 pm
Menyamar pegawai imigresen: Dua beradik ditahan, polis buru tukang cat
May 16, 2026, 2:31 pm
Keluar PKR hak peribadi Asheeq Ali, jangan serang parti - Prabakaran
May 16, 2026, 12:25 pm
MARA buka pembiayaan Program Kadet Juruterbang, beri keutamaan kepada pelajar Tahfiz
May 16, 2026, 12:04 pm
Peranan guru bentuk akhlak generasi muda semakin genting - PM
May 16, 2026, 11:57 am
12 inisiatif diperkenal perkasakan profesion guru sempena Hari Guru
May 16, 2026, 11:45 am
PDRM siasat dakwaan Jho Low pulang ke Malaysia hadiri mesyuarat sulit
May 16, 2026, 8:21 am
Guru tonggak masa depan, kecemerlangan pendidik terus diiktiraf - Fadhlina
May 15, 2026, 8:37 pm
