Berita Berita
MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri hingga 1 tengah hari
KUALA LUMPUR 24 Nov – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Isnin mengeluarkan amaran ribut petir yang melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung dan Sabah sehingga jam 1 tengah hari.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, MetMalaysia memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Pahang (Bera), Selangor (Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol).
Di Sabah, cuaca buruk diramal berlaku di Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.
Selain itu, MetMalaysia turut memaklumkan pembentukan satu lekukan tropika yang dikesan pada jam 8 pagi di latitud 9.5 Utara dan longitud 128.2 Timur, kira-kira 219 kilometer (km) timur laut Gingoog City, Filipina.
Sistem tersebut bergerak ke arah barat pada kelajuan 10 km/j dengan angin maksimum berkelajuan 56 km/j.
Bagaimanapun, MetMalaysia menjelaskan bahawa lekukan tropika itu tidak memberi kesan signifikan kepada Malaysia, dengan jarak terdekat direkodkan sekitar 1,211 km dari Semporna, Sabah.
Berita berkaitan
April 7, 2026, 9:17 am
Pemandu treler positif dadah didakwa bunuh, rempuh van hingga tiga sekeluarga maut
April 7, 2026, 8:49 am
Fadhlina beri penghormatan terakhir kepada dua penuntut IPG Perlis maut lemas
April 7, 2026, 8:32 am
Malaysia jamin laluan selamat bagi kapal komersial yang terkandas di Selat Hormuz
April 7, 2026, 8:23 am
Asnida Daim akan didakwa di mahkamah pagi ini gagal isytihar harta
April 7, 2026, 8:12 am
Akmal sifatkan kegagalan Sunway ambil alih IJM Corp sebagai kemenangan rakyat
April 6, 2026, 11:51 pm
Tawaran ambil alih RM11 bilion Sunway gagal, pegangan IJM tidak cecah 50 peratus
April 6, 2026, 10:57 pm
Suhu 'aircond' minimum 24 darjah Celsius, penjawat awam digalak pakai batik setiap hari
April 6, 2026, 10:26 pm
JPN tak sekat rakyat guna MyKad untuk subsidi BUDI95 asalkan ikut undang-undang
April 6, 2026, 8:16 pm
Tragedi memancing di Sungai Kubang Rotan: Lelaki 24 tahun maut bot terbalik
April 6, 2026, 8:11 pm
