Berita Berita
'Tiada kertas soalan SPM 2025 bocor, tapi KPM tetap siasat' - Mohd Azam
PUTRAJAYA 25 Nov - Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius dakwaan kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 bocor yang tular di media sosial, meskipun yakin insiden itu tidak berlaku setakat ini.
Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad berkata, walaupun pihaknya belum menerima sebarang laporan rasmi, pemantauan awal sudah dijalankan susulan dakwaan itu mendapat perhatian umum.
"Saya tak ada terima laporan secara rasmi lagi tapi kita ada melihat dakwaan itu di media sosial dan ia dalam tindakan pihak kami termasuk oleh Lembaga Peperiksaan.
"Buat masa sekarang kita percaya soalan SPM masih lagi terkawal dengan baik," katanya ketika ditemui selepas meninjau hari pertama SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 11(1), di sini, hari ini.
Sebelum ini, beberapa tangkap layar tular di media sosial menunjukkan individu tertentu menawarkan soalan peperiksaan yang didakwa bocor dengan harga serendah RM499 setiap subjek, malah mendakwa memberi jaminan keputusan A atau bayaran dikembalikan.
Mengulas lanjut, Mohd Azam menegaskan bahawa Lembaga Peperiksaan memiliki prosedur jelas bagi menangani sebarang dakwaan berkaitan keselamatan soalan peperiksaan.
"Saya pasti mereka ada prosedur sebab saya sendiri pernah menjadi pengarah peperiksaan, jadi kita ada prosedur untuk menangani (dakwaan berkenaan)," katanya.
SPM 2025 bermula hari ini dengan seramai 413,372 calon menduduki peperiksaan tersebut.
Berita berkaitan
January 14, 2026, 5:13 pm
Wanita dakwa dicabul, dipukul 'pegawai polis' ketika tunggu suami dalam kereta di Gombak
January 14, 2026, 4:28 pm
Bayi tiga bulan patah tulang paha disyaki jadi mangsa dera pengasuh di Taman Koperasi Polis
January 14, 2026, 2:37 pm
Samenta kecam penutupan hotel ‘mesra gay’ di Melaka
January 14, 2026, 2:25 pm
Pas cabar Ahmad Zahid berlawan hujah dan idea di pentas demokrasi
January 14, 2026, 2:23 pm
HRD Corp lulus dana latihan RM2.62 bilion pada 2025, perkasa kemahiran tenaga kerja negara
January 14, 2026, 2:18 pm
Wanita warga emas maut dilanggar MPV ketika melintas jalan di Bandar Baru Sentul
January 14, 2026, 2:11 pm
UMNO akui cabaran peruntukan jentera penerangan, Zahid tekankan strategi ofensif
January 14, 2026, 1:29 pm
