Berita Berita
Empat ASP, dua sarjan direman disyaki terima rasuah cuba lindung pusat hiburan, judi haram di Pulau Pinang
GEORGE TOWN 14 Jan – Seramai empat pegawai kanan polis bersama dua sarjan, termasuk seorang pesara, direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes rasuah dan cubaan melindungi kegiatan pusat hiburan, pusat urut serta judi haram di Pulau Pinang.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Shyahirah Abdul Salim bermula Rabu hingga 18 Januari ini terhadap kesemua suspek berusia antara lingkungan 40-an hingga 60-an.
Penahanan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu ditahan setakat ini seramai tujuh orang, selepas seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintenden (ASP) ditahan pada Selasa lalu kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM27,000.
Kesemua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret sekitar jam 9 pagi dengan mengenakan pakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna oren dan diiringi pegawai penyiasat.
Difahamkan, dua suspek berpangkat ASP masing-masing berusia 45 dan 56 tahun diwakili peguam A. Mahesh dan K. Mahendran, manakala suspek lain diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Menurut sumber, kesemua mereka ditahan antara jam 11 pagi hingga 5 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang.
“Siasatan dijalankan berhubung kesalahan meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM150,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap pusat hiburan, pusat urut dan aktiviti judi haram yang melanggar undang-undang.
“Siasatan awal mendapati perbuatan itu dipercayai berlaku antara tahun 2016 hingga 2021, dengan bayaran rasuah antara RM500 hingga RM2,000 sebulan.
“Wang rasuah disyaki diterima melalui transaksi pemindahan wang secara dalam talian ke akaun pihak ketiga, dipercayai daripada pemilik syarikat pinjaman wang berlesen dan perkhidmatan kesihatan manusia,” katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Karunanithy Y. Subbiah mengesahkan tangkapan berkenaan dan memaklumkan bahawa kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Berita berkaitan
March 12, 2026, 1:19 pm
TPM Ahmad Zahid hargai jasa Sathia menghiburkan rakyat Malaysia, hulur sumbangan ringan beban
March 12, 2026, 12:45 pm
Timbalan CEO SSM didakwa terima RM50,000 daripada anak Hamzah Zainudin tanpa balasan
March 12, 2026, 12:14 pm
Kediaman Cikgu Chandra sekali lagi diserang, terima ugutan daripada bekas ahli politik
March 12, 2026, 11:19 am
Lelaki maut terjun tingkat tiga ketika cuba elak ditahan polis di Jalan Gombak
March 12, 2026, 10:41 am
MOTAC susun semula strategi promosi TMM 2026 susulan ketegangan Asia Barat
March 12, 2026, 9:46 am
Gempar hutan di lebuh raya MEX terbakar, 27 anggota bomba terlibat padam api lebih dua hektar
March 12, 2026, 9:17 am
KESUMA mulakan langkah jimat tenaga, teliti perluas amalan WFH bagi sektor swasta
March 11, 2026, 10:16 pm
Kabinet lulus projek Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey
March 11, 2026, 10:02 pm
