Berita Berita
Bayi tiga bulan patah tulang paha disyaki jadi mangsa dera pengasuh di Taman Koperasi Polis
KUALA LUMPUR 14 Jan – Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan disahkan mengalami patah tulang paha kiri selepas dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Ampang, Khamis lalu.
Bayi berkenaan sebelum itu dihantar ke rumah pengasuh di sebuah kediaman di Taman Koperasi Polis, di sini, sebelum dibawa pulang oleh ibu bapanya yang mendapati mangsa menangis tanpa henti.
Pemeriksaan doktor mengesahkan terdapat pembengkakan pada paha kiri bayi berkenaan, sekali gus membawa kepada laporan polis dibuat.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, laporan diterima pada jam 2.38 petang Jumaat lalu selepas doktor merawat mangsa mengesan kecederaan tersebut.
“Laporan polis dibuat oleh doktor berusia 27 tahun selepas bayi itu dirujuk ke Hospital Ampang dan disahkan mengalami patah tulang paha kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, setakat ini tiada sebarang tangkapan dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Berita berkaitan
March 12, 2026, 1:19 pm
TPM Ahmad Zahid hargai jasa Sathia menghiburkan rakyat Malaysia, hulur sumbangan ringan beban
March 12, 2026, 12:45 pm
Timbalan CEO SSM didakwa terima RM50,000 daripada anak Hamzah Zainudin tanpa balasan
March 12, 2026, 12:14 pm
Kediaman Cikgu Chandra sekali lagi diserang, terima ugutan daripada bekas ahli politik
March 12, 2026, 11:19 am
Lelaki maut terjun tingkat tiga ketika cuba elak ditahan polis di Jalan Gombak
March 12, 2026, 10:41 am
MOTAC susun semula strategi promosi TMM 2026 susulan ketegangan Asia Barat
March 12, 2026, 9:46 am
Gempar hutan di lebuh raya MEX terbakar, 27 anggota bomba terlibat padam api lebih dua hektar
March 12, 2026, 9:17 am
KESUMA mulakan langkah jimat tenaga, teliti perluas amalan WFH bagi sektor swasta
March 11, 2026, 10:16 pm
Kabinet lulus projek Terminal Ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey
March 11, 2026, 10:02 pm
