Berita Berita
Laluan ke Stesen KTMB Arau ditutup susulan banjir
KANGAR 25 Nov – Laluan ke Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Arau tidak boleh diakses akibat banjir, menyebabkan penumpang perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) perlu menggunakan Stesen KTMB Kodiang, Kedah, sehingga keadaan pulih sepenuhnya.
KTMB memaklumkan dalam hantaran di Facebook rasmi hari ini bahawa langkah itu diambil bagi memastikan keselamatan dan kelancaran perjalanan penumpang.
“Hebahan awal turut dibuat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pelanggan yang terkesan bagi memaklumkan pertukaran lokasi stesen. Kakitangan KTMB berada di Stesen Kodiang bagi membantu dan menyelaras pergerakan penumpang, memastikan proses berjalan lancar dan teratur,” menurut kenyataan itu.
Pihak KTMB turut menegaskan bahawa keadaan cuaca dan paras air akan terus dipantau, dan sebarang perkembangan terkini akan dikemas kini melalui saluran media sosial rasmi mereka. Buat masa ini, perkhidmatan ETS masih beroperasi seperti biasa, tetapi tertakluk kepada situasi semasa di sektor utara.
Sementara itu, di Alor Setar, laluan arah selatan Lebuhraya Utara-Selatan di Kilometer 28.3 hingga 28.4 antara Dewan Wawasan ke Jitra ditutup sementara berikutan peningkatan paras air. Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu menasihati pengguna lebuh raya menggunakan laluan alternatif melalui susur Malau-Jitra dan masuk semula ke lebuh raya melalui susur Darulaman.
Orang ramai juga diingatkan untuk mematuhi arahan keselamatan, memandu dengan berhati-hati, dan mengelak melalui kawasan yang dinaiki air bagi mengurangkan risiko kemalangan.
Berita berkaitan
January 14, 2026, 4:28 pm
Bayi tiga bulan patah tulang paha disyaki jadi mangsa dera pengasuh di Taman Koperasi Polis
January 14, 2026, 2:37 pm
Samenta kecam penutupan hotel ‘mesra gay’ di Melaka
January 14, 2026, 2:25 pm
Pas cabar Ahmad Zahid berlawan hujah dan idea di pentas demokrasi
January 14, 2026, 2:23 pm
HRD Corp lulus dana latihan RM2.62 bilion pada 2025, perkasa kemahiran tenaga kerja negara
January 14, 2026, 2:18 pm
Wanita warga emas maut dilanggar MPV ketika melintas jalan di Bandar Baru Sentul
January 14, 2026, 2:11 pm
UMNO akui cabaran peruntukan jentera penerangan, Zahid tekankan strategi ofensif
January 14, 2026, 1:29 pm
SPRM tahan seorang lagi pegawai tinggi ATM, siasatan kartel tender tentera darat diperluas
January 14, 2026, 11:20 am
