Berita Berita
Shamsul Iskandar, Albert Tei didakwa lagi rasuah babit sewaan rumah
SHAH ALAM 5 Dis – Dua individu termasuk bekas Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, sekali lagi dihadapkan ke mahkamah hari ini apabila mereka didakwa atas pertuduhan rasuah berkaitan pembayaran sewa sebuah rumah di Kuala Lumpur.
Shamsul Iskandar, 51, dan ahli perniagaan, Albert Tei (Tei Jiann Cheing), 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin di Mahkamah Sesyen di sini.
“Mengaku tidak bersalah, mohon bicara,” kata kedua-dua tertuduh.
Menurut kertas pertuduhan, Shamsul didakwa memperoleh suapan wang berjumlah RM64,920 daripada Albert bagi tujuan pembayaran sewa sebuah unit rumah di Jalan Medang Serai, Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur.
Albert pula dituduh memberi suapan berkenaan kepada Shamsul bagi tujuan sama, dengan perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah cawangan bank di Country Heights antara 28 November 2023 hingga 23 September 2024.
Pemberian suapan itu didakwa bertujuan memperoleh bantuan Shamsul untuk membantu syarikat berkaitan Albert mendapatkan kelulusan lesen penerokaan mineral di Sabah.
Shamsul dituduh mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) manakala Albert didakwa mengikut Seksyen 17(b) akta sama. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun atau denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.
Timbalan Pendakwa Raya, Farah Ezlin Yusop Khan dan Nurul Qistini Qamarul Abrar, memohon mahkamah mengekalkan terma jaminan sama seperti yang dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.
“Kami juga memohon supaya kes ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk dibicarakan secara serentak,” katanya.
Shamsul diwakili peguam Datuk Amer Hamzah dan Mohd Yusmadi Mohd Yusoff, manakala Albert pula diwakili Mahajoth Singh, Amanda Mathew, Reenajit Kaur Golen, Eric Paulsen dan Rajesh Nagarajan. Kedua-dua pihak pembelaan tidak membantah permohonan pendakwaan.
Mahkamah kemudiannya membenarkan permohonan tersebut.
Semalam, Kosmo! melaporkan bahawa Shamsul dan Albert mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan rasuah melibatkan jumlah melebihi RM176,000.
Mereka masing-masing dibenarkan ikat jamin RM150,000 dengan dua penjamin, selain syarat tambahan melapor diri setiap bulan di pejabat SPRM, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.
Berita berkaitan
January 28, 2026, 7:19 pm
“Kalau tak mampu, berundur' — Anwar hilang sabar penguatkuasaan undang-undang lemah
January 28, 2026, 4:14 pm
Ops Jack Sparrow: Tiga suspek utama dihadapkan ke mahkamah
January 28, 2026, 4:05 pm
JAIS nafi tanggung kos roboh tanah diceroboh di PJS4
January 28, 2026, 3:55 pm
Anggota bomba melecur kaki ketika padam kebakaran di Bandar Penawar
January 28, 2026, 3:36 pm
Cadangan hadkan motosikal di lebuh raya akan dinilai secara menyeluruh - Anthony Loke
January 28, 2026, 3:16 pm
Tekanan di tempat kerja salah satu punca gay - Menteri Agama
January 28, 2026, 2:38 pm
Muhyiddin cadang mansuh jawatan pengerusi PN, susun semula kepimpinan gabungan
January 28, 2026, 2:34 pm
Harga emas lepasi AS$5,200 buat pertama kali susulan kejatuhan dolar AS
January 28, 2026, 2:29 pm
Kerajaan Kelantan tetapkan syarat ketat lesen mendulang emas
January 28, 2026, 2:25 pm
