Berita Berita
Klinik haiwan terbiar, anjing dan kucing ditemui mati dalam keadaan kepala tersepit dalam sangkar di Damansara Damai
KUALA LUMPUR 17 Dis - Pendedahan mengejutkan di media sosial membongkar keadaan sebuah klinik veterinar di Damansara Damai, Selangor, yang didakwa terbiar dan tidak terurus, sehingga menyebabkan kematian haiwan di dalam premis berkenaan.
Video dan gambar yang tular di laman Instagram memaparkan keadaan klinik yang kotor dengan sangkar usang, sampah bertimbun serta najis haiwan berselerak di sekitar premis.
Lebih menyayat hati, beberapa bangkai haiwan turut ditemui dalam keadaan mereput, termasuk seekor anjing atau kucing dengan kepala tersepit di antara jeriji sangkar.
Menurut aktivis haiwan, Shima Aris, dua doktor veterinar yang mengiringi pasukan penyelamat mengesahkan haiwan-haiwan tersebut dipercayai telah mati antara tujuh hingga 10 hari sebelum ditemui.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan seekor kucing berjaya diselamatkan dalam keadaan trauma ketika operasi menyelamat dijalankan.
Sehubungan itu, Shima menggesa orang ramai supaya membuat aduan rasmi kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) bagi menuntut keadilan terhadap kes penganiayaan haiwan tersebut serta memastikan tindakan sewajarnya diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab.
Berita berkaitan
April 2, 2026, 8:32 pm
Alasan gaduh dengan isteri, suami orang ditahan berkhalwat di rumah janda
April 2, 2026, 8:25 pm
Gagal kawal kenderaan, Toyota Vios dipandu guru rempuh kantin sekolah
April 2, 2026, 8:18 pm
Pelajar Tingkatan 5 parah dirempuh pacuan empat roda ketika melintas jalan
April 2, 2026, 8:12 pm
Penjawat awam di zon terpilih dibenarkan BDR tiga hari seminggu mulai 15 April
April 2, 2026, 5:15 pm
Polis buka dua kertas siasatan insiden bas ekspres, lori ayam bertengkar di Gerik
April 2, 2026, 5:03 pm
Penunggang motosikal putus kaki dirempuh pemandu langgar lampu merah di Jalan Sultan Ismail
April 2, 2026, 4:55 pm
Rafizi mengaku 'gagal' berdiam diri, enggan membodek walau ditekan pelbagai pihak
April 2, 2026, 4:35 pm
Pendidikan undang-undang perlu diperkasa untuk lahirkan peguam masa depan — Prof Sivakumar
April 2, 2026, 4:32 pm
