TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Klinik haiwan terbiar, anjing dan kucing ditemui mati dalam keadaan kepala tersepit dalam sangkar di Damansara Damai

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 17 Dis - Pendedahan mengejutkan di media sosial membongkar keadaan sebuah klinik veterinar di Damansara Damai, Selangor, yang didakwa terbiar dan tidak terurus, sehingga menyebabkan kematian haiwan di dalam premis berkenaan.

Video dan gambar yang tular di laman Instagram memaparkan keadaan klinik yang kotor dengan sangkar usang, sampah bertimbun serta najis haiwan berselerak di sekitar premis.

Lebih menyayat hati, beberapa bangkai haiwan turut ditemui dalam keadaan mereput, termasuk seekor anjing atau kucing dengan kepala tersepit di antara jeriji sangkar.

Menurut aktivis haiwan, Shima Aris, dua doktor veterinar yang mengiringi pasukan penyelamat mengesahkan haiwan-haiwan tersebut dipercayai telah mati antara tujuh hingga 10 hari sebelum ditemui.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan seekor kucing berjaya diselamatkan dalam keadaan trauma ketika operasi menyelamat dijalankan.

Sehubungan itu, Shima menggesa orang ramai supaya membuat aduan rasmi kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) bagi menuntut keadilan terhadap kes penganiayaan haiwan tersebut serta memastikan tindakan sewajarnya diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab.

+ - reset