TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis siasat kejadian murid lelaki darjah 1 dipukul hingga berdarah kerana jalan terlalu perlahan

By
|
Kongsi
image

 

AMPANG JAYA 22 Jan - Polis membuka kertas siasatan susulan penularan sebuah video di media sosial yang mendakwa seorang murid lelaki mengalami kecederaan selepas dipukul di sebuah sekolah rendah di sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya mengesan video berkenaan yang tular di media sosial kira-kira pukul 2.45 petang, semalam.

Menurut beliau, pihaknya juga menerima satu laporan polis oleh seorang lelaki berhubung kejadian tersebut kira-kira pukul 3.06 petang, kelmarin.

“Setakat ini, tiada sebarang tangkapan dilakukan oleh pihak polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mendatangkan kecederaan.

“Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara sehingga satu tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya,” ujarnya.

Terdahulu, tular di media sosial seorang bapa mendakwa anaknya merupakan murid darjah satu ditampar di bahagian muka oleh seorang rakan sekelas kerana berjalan terlalu perlahan ketika ingin ke tandas.

Bapa murid berkenaan memaklumkan, ekoran kejadian itu, anaknya mengalami kecederaan yang serius pada bahagian muka. 

+ - reset