Berita Berita
Kenaikan gaji penjawat awam fasa kedua bukti pengiktirafan kerajaan
KUALA LUMPUR 22 Jan - Kenaikan gaji penjawat awam fasa kedua di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang dilaksanakan hari ini bukan sekadar melibatkan angka, sebaliknya menjadi pengiktirafan terhadap dedikasi dan komitmen golongan itu dalam memacu pembangunan negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pelaksanaan skim gaji baharu berkenaan merupakan yang tertinggi dalam tempoh 12 tahun serta terbesar dalam sejarah perkhidmatan awam Malaysia.
“Semoga pengiktirafan ini menjadi dorongan untuk terus berkhidmat dengan integriti, dedikasi dan semangat kebangsaan. Bersama-sama kita memacu Malaysia ke tahap kecemerlangan seterusnya,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.
Pelarasan gaji fasa kedua itu merupakan kesinambungan kepada kenaikan gaji di bawah SSPA yang diumumkan pada 2024, melibatkan kadar keseluruhan 15 peratus bagi Kumpulan Pelaksana serta Kumpulan Pengurusan dan Profesional, dan tujuh peratus bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi (KPT).
Bagi fasa kedua, Kumpulan Pengurusan dan Profesional menerima tambahan kenaikan sebanyak tujuh peratus, manakala KPT menikmati pelarasan gaji sebanyak tiga peratus.
Berita berkaitan
September 15, 2026, 4:01 pm
CCTV disambung terus ke IPK KL, polis cadang KK Mart jadi ‘stesen satelit’ 24 jam
September 15, 2026, 3:41 pm
Kes Jana Wibawa: Pendakwaan tak teruskan kes, Muhyiddin bebas empat pertuduhan RM200 juta
September 15, 2026, 1:47 pm
Empat Rohingya ditahan, disyaki terbabit kes curi dan pecah rumah di Perak
September 15, 2026, 1:33 pm
KPM galak ibu bapa bawa anak jalani saringan awal kesan masalah pembelajaran
September 15, 2026, 1:32 pm
Tiga hari penuh manfaat, Festival Mega i LINDUNG u menanti pengunjung di Strand Mall bermula 18 September
September 15, 2026, 1:17 pm
Mohamad Sabu hantar notis tuntutan kepada pemilik akaun Facebook isu bekalan baja Kedah
September 15, 2026, 1:11 pm
JAIM siasat klip video tular pasangan berpelukan mesra di kedai makan Malim Jaya
September 15, 2026, 1:10 pm
