Berita Berita
Atlet Olimpik saman kerajaan Selangor, MBPJ cabar larangan pelihara anjing di pangsapuri
SHAH ALAM 23 Jan - Atlet Olimpik, Noraseela Khalid, memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap kerajaan Selangor dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi mencabar larangan menyeluruh pemeliharaan anjing di pangsapuri.
Dalam pernyataan samannya, Noraseela berhujah Undang-undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing (MBPJ) 2007 bercanggah dengan undang-undang persekutuan, termasuk Akta Kerajaan Tempatan 1976 serta Akta Pengurusan Strata.
Seksyen 8(2) undang-undang kecil berkenaan melarang penduduk memelihara anjing di unit pangsapuri dalam kawasan pentadbiran MBPJ.
Noraseela, yang mendiami sebuah kompleks kondominium di sini, mendakwa MBPJ tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk melaksanakan larangan menyeluruh tersebut.
Beliau turut mendakwa larangan itu melanggar hak pemilik haiwan peliharaan untuk menggunakan dan menikmati harta mereka sepenuhnya, selain tiada bukti menunjukkan anjing atau haiwan peliharaan lain menimbulkan gangguan kepada jiran.
Noraseela, yang pernah mewakili negara dalam acara 400 meter lari berpagar wanita pada Sukan Olimpik London 2012, memohon pengisytiharan mahkamah bahawa undang-undang kecil berkenaan adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan.
Berita berkaitan
January 23, 2026, 8:45 pm
Mohamed Shamir dilantik Ketua Eksekutif baharu HRD Corp berkuat kuasa hari ini
January 23, 2026, 7:38 pm
Hati-hati, 10 ajaran sesat dikenal pasti bergerak aktif di Malaysia - JAKIM
January 23, 2026, 5:17 pm
'Saya akan bincang dengan Amirudin' - Anwar cadang projek ternakan babi Bukit Tagar dibatalkan
January 23, 2026, 2:54 pm
PTPTN kerjasama laksana pendidikan percuma kepada 10,000 pelajar miskin tegar
January 23, 2026, 2:45 pm
Polis kesan pemandu Perodua Axia terlibat kemalangan di LPT Maran
January 23, 2026, 1:41 pm
Kolam najis ladang babi bocor punca Sungai Penyalai di Tangkak tercemar
January 23, 2026, 1:32 pm
Pemandu mabuk rempuh palang keselamatan di Pintu 2 Istana Negara
January 23, 2026, 1:28 pm
Bekas panglima tentera tegaskan kes tidak jejas reputasi ATM
January 23, 2026, 1:21 pm
