Berita Berita
Kolam najis ladang babi bocor punca Sungai Penyalai di Tangkak tercemar
TANGKAK 23 Jan - Pencemaran Sungai Penyalai di Felda Sri Jaya dipercayai berpunca daripada kebocoran kolam kumbahan ladang ternakan babi berdekatan.
Keadaan itu terbongkar selepas Pejabat Daerah Tangkak bersama jabatan dan agensi berkaitan turun ke lokasi semalam bagi menyiasat punca kejadian serta menyelaras tindakan susulan.
Pegawai Daerah Tangkak, Ungku Suzana Ungku Mohammad, berkata pemilik ladang diarahkan segera menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pemulihan.
“Pihak Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah (PPVD) Tangkak turut mengarahkan pembaikan serta-merta supaya kebocoran dapat dihentikan dalam tempoh singkat,” katanya.
Beliau menambah, pelepasan Effective Microorganism (EM) juga dilakukan bagi membantu penguraian sisa organik dan mengurangkan bau.
Kerja pembersihan di kawasan kebun terjejas serta parit sepanjang Sungai Penyalai akan dijalankan PPVD Tangkak bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mulai hari ini sehingga 31 Januari.
Ungku Suzana memaklumkan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) memantau kualiti air secara berterusan melalui Stesen Pengawasan Kualiti Air Sungai Automatik di Sungai Muar, manakala Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ) menjalankan ujian sampel air mentah bagi memastikan pematuhan kepada piawaian kebangsaan. Syarikat konsesi, Ranhill SAJ pula melakukan ujian kualiti air setiap dua hingga empat jam di Loji Air Bukit Serampang.
Beliau menegaskan bekalan air terawat setakat ini selamat digunakan dan mematuhi piawaian Kementerian Kesihatan (KKM).
Siasatan lanjut masih dijalankan dan sebarang pelanggaran undang-undang akan diambil tindakan.
"Pentadbiran daerah akan terus memantau keadaan dan orang awam dinasihatkan tidak membuat spekulasi serta merujuk kenyataan rasmi pihak berkuasa,” katanya.
Sebelum ini, penduduk Felda Sri Jaya, Bukit Kepong melaporkan bau busuk dan mendakwa sumber air harian mereka tercemar sisa kumbahan dari kandang babi berhampiran, terutamanya ketika musim kemarau apabila anak Sungai Penyalai menjadi kehitaman serta berbau.
Berita berkaitan
January 23, 2026, 8:45 pm
Mohamed Shamir dilantik Ketua Eksekutif baharu HRD Corp berkuat kuasa hari ini
January 23, 2026, 7:38 pm
Hati-hati, 10 ajaran sesat dikenal pasti bergerak aktif di Malaysia - JAKIM
January 23, 2026, 5:17 pm
'Saya akan bincang dengan Amirudin' - Anwar cadang projek ternakan babi Bukit Tagar dibatalkan
January 23, 2026, 2:54 pm
PTPTN kerjasama laksana pendidikan percuma kepada 10,000 pelajar miskin tegar
January 23, 2026, 2:45 pm
Polis kesan pemandu Perodua Axia terlibat kemalangan di LPT Maran
January 23, 2026, 1:52 pm
Atlet Olimpik saman kerajaan Selangor, MBPJ cabar larangan pelihara anjing di pangsapuri
January 23, 2026, 1:32 pm
Pemandu mabuk rempuh palang keselamatan di Pintu 2 Istana Negara
January 23, 2026, 1:28 pm
Bekas panglima tentera tegaskan kes tidak jejas reputasi ATM
January 23, 2026, 1:21 pm
