Berita Berita
Polis rakam keterangan pengasas taska bantu siasatan kes langgar SOP
SHAH ALAM 23 Jan - Polis telah merakam keterangan pengasas sebuah taska bagi membantu siasatan berhubung sebuah cawangan premis itu yang dipercayai terbabit dalam kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP), termasuk dakwaan penderaan seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol, berkata setakat ini pihaknya menerima sembilan laporan tambahan berkaitan kes berkenaan.
“Kita telah memanggil individu yang berkaitan dengan cawangan taska itu termasuk pengasasnya untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.
“Kita juga masih menjalankan siasatan serta semakan terhadap lesen atau sijil kelulusan dan perkara lain yang berkaitan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Pada Khamis, media melaporkan polis menerima tiga laporan awal berhubung cawangan taska berkenaan.
Ramsay berkata, polis turut merakam percakapan seorang pempengaruh yang mendedahkan kejadian itu selain menjalankan pemeriksaan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis cawangan terlibat.
Menurut beliau, laporan dibuat oleh beberapa ibu bapa termasuk membabitkan seorang kanak-kanak autisme. Bagaimanapun, masih terdapat cawangan yang belum menyerahkan rakaman CCTV dan tindakan rampasan akan dilakukan.
Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Sebelum ini, satu video dipercayai dikongsi oleh petugas sebuah taska di Shah Alam tular di media sosial, memaparkan seorang kanak-kanak autistik dikurung di dalam stor dalam keadaan menangis teresak-esak.
Turut tular ialah satu lagi video yang memaparkan kanak-kanak di sebuah cawangan taska sama di Puchong, Selangor, didakwa diminta merangkak di dalam longkang bagi mengelak pemeriksaan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Berita berkaitan
April 7, 2026, 12:19 pm
Polis tahan 11 pemandu mabuk di Klang termasuk seorang wanita dalam Op Mabuk
April 7, 2026, 12:06 pm
Rumah ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaran musnah terbakar
April 7, 2026, 11:36 am
Dua guru pelatih IPG lemas: KPM ambil tanggungjawab penuh, semak semula SOP aktiviti luar
April 7, 2026, 9:55 am
Anak Tun Daim didakwa gagal isytihar pegangan saham dalam lima syarikat
April 7, 2026, 9:38 am
Lelaki ditemui maut dalam stor sukan berkunci di UPSI
April 7, 2026, 9:17 am
Pemandu treler positif dadah didakwa bunuh, rempuh van hingga tiga sekeluarga maut
April 7, 2026, 8:49 am
Fadhlina beri penghormatan terakhir kepada dua penuntut IPG Perlis maut lemas
April 7, 2026, 8:32 am
Malaysia jamin laluan selamat bagi kapal komersial yang terkandas di Selat Hormuz
April 7, 2026, 8:23 am
