Berita Berita
Lelaki ditemui maut dalam stor sukan berkunci di UPSI
TANJUNG MALIM 7 April - Seorang kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditemukan maut selepas dipercayai terperangkap dalam sebuah stor berkunci di fasiliti sukan universiti itu awal pagi tadi.
Mangsa lelaki berusia 53 tahun itu ditemui dalam stor peralatan pembersihan di UPSI Sport Bowl.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.57 pagi daripada polis bagi membantu membuka pintu stor berkenaan.
"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim digerakkan ke lokasi kira-kira 9 kilometer dan tiba pada jam 2.07 pagi.
"Setibanya di lokasi, pintu stor telah pun dibuka oleh polis bantuan UPSI. Anggota bomba kemudian menjalankan operasi pemantauan di lokasi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia.
"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis. Operasi dikawal pada jam 2.17 pagi dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.36 pagi," katanya.
Seramai sembilan anggota terlibat dalam operasi tersebut dengan bantuan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta unit Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS).
Berita berkaitan
April 7, 2026, 11:36 am
Dua guru pelatih IPG lemas: KPM ambil tanggungjawab penuh, semak semula SOP aktiviti luar
April 7, 2026, 9:55 am
Anak Tun Daim didakwa gagal isytihar pegangan saham dalam lima syarikat
April 7, 2026, 9:17 am
Pemandu treler positif dadah didakwa bunuh, rempuh van hingga tiga sekeluarga maut
April 7, 2026, 8:49 am
Fadhlina beri penghormatan terakhir kepada dua penuntut IPG Perlis maut lemas
April 7, 2026, 8:32 am
Malaysia jamin laluan selamat bagi kapal komersial yang terkandas di Selat Hormuz
April 7, 2026, 8:23 am
Asnida Daim akan didakwa di mahkamah pagi ini gagal isytihar harta
April 7, 2026, 8:12 am
Akmal sifatkan kegagalan Sunway ambil alih IJM Corp sebagai kemenangan rakyat
April 6, 2026, 11:51 pm
