Berita Berita
Rasuah e-waste: SPRM beku 16 akaun bank bernilai RM10.2 juta
KUALA LUMPUR 27 Jan - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan sebanyak 16 akaun bank bernilai kira-kira RM10.2 juta susulan siasatan kes rasuah membabitkan pemprosesan sisa elektronik (e-waste), pembuangan sisa efluen serta buangan berjadual di Selangor dan Negeri Sembilan.
Menurut sumber, seorang pengarah syarikat yang disiasat oleh Bahagian Siasatan Ibu Pejabat SPRM telah disambung reman sehingga 30 Januari ini bagi membantu siasatan lanjut.
Dalam perkembangan berkaitan, SPRM Negeri Sembilan turut menahan empat individu lain termasuk seorang pegawai kanan sebuah jabatan kerajaan untuk direman dari 20 hingga 26 Januari.
“Siasatan setakat ini turut membawa kepada penyitaan wang tunai berjumlah RM87,000 serta barangan kes dianggarkan bernilai RM220,000 termasuk kenderaan dan barang kemas,” kata sumber itu.
Menurutnya, tangkapan dan reman membabitkan pengarah syarikat serta pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang disyaki melindungi kilang-kilang memproses e-waste dan kegiatan pembuangan buangan berjadual tanpa mematuhi prosedur yang ditetapkan.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
Beliau berkata, SPRM tidak menolak kemungkinan akan melakukan tangkapan lanjut dalam tempoh terdekat selaras dengan perkembangan siasatan.
Berita berkaitan
January 28, 2026, 7:19 pm
“Kalau tak mampu, berundur' — Anwar hilang sabar penguatkuasaan undang-undang lemah
January 28, 2026, 4:14 pm
Ops Jack Sparrow: Tiga suspek utama dihadapkan ke mahkamah
January 28, 2026, 4:05 pm
JAIS nafi tanggung kos roboh tanah diceroboh di PJS4
January 28, 2026, 3:55 pm
Anggota bomba melecur kaki ketika padam kebakaran di Bandar Penawar
January 28, 2026, 3:36 pm
Cadangan hadkan motosikal di lebuh raya akan dinilai secara menyeluruh - Anthony Loke
January 28, 2026, 3:16 pm
Tekanan di tempat kerja salah satu punca gay - Menteri Agama
January 28, 2026, 2:38 pm
Muhyiddin cadang mansuh jawatan pengerusi PN, susun semula kepimpinan gabungan
January 28, 2026, 2:34 pm
Harga emas lepasi AS$5,200 buat pertama kali susulan kejatuhan dolar AS
January 28, 2026, 2:29 pm
Kerajaan Kelantan tetapkan syarat ketat lesen mendulang emas
January 28, 2026, 2:25 pm
