Berita Berita
26 dicekup dalam Operasi Noda di Iskandar Puteri
ISKANDAR PUTERI 27 Jan – Seramai 26 individu ditahan dalam serbuan ke atas premis hiburan dan pusat urut sekitar bandar raya ini menerusi Operasi Noda yang dijalankan dari awal pagi Ahad hingga petang Isnin.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan, berkata kesemua individu terbabit ditahan hasil serbuan di lima premis hiburan dan tiga pusat urut di kawasan Bukit Indah, Mutiara Rini, Nusa Bestari serta sekitar bandar raya berkenaan.
Menurutnya, operasi yang dijalankan bersama Pasukan D7 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor berjaya menahan enam lelaki dan seorang wanita warga tempatan, selain warga asing terdiri daripada Myanmar (tiga lelaki, empat wanita), Vietnam (dua lelaki, dua wanita), Thailand (dua wanita) dan China (seorang lelaki, lima wanita), berusia antara 21 hingga 58 tahun.
Beliau berkata, semakan mendapati lima individu mempunyai rekod lampau jenayah, termasuk seorang yang masih dikehendaki berkaitan kes dadah. Ujian saringan air kencing turut mendapati seorang suspek positif dadah jenis methamphetamine.
Dalam serbuan berkenaan, polis turut merampas pelbagai peralatan termasuk komputer riba, peralatan audio, resit perniagaan, Malaysia National QR, jadual kerja, pakej urutan, minyak urut, tuala, tisu serta wang tunai berjumlah RM5,616.
Kes disiasat mengikut Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Johor, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.
Berita berkaitan
January 28, 2026, 7:19 pm
“Kalau tak mampu, berundur' — Anwar hilang sabar penguatkuasaan undang-undang lemah
January 28, 2026, 4:14 pm
Ops Jack Sparrow: Tiga suspek utama dihadapkan ke mahkamah
January 28, 2026, 4:05 pm
JAIS nafi tanggung kos roboh tanah diceroboh di PJS4
January 28, 2026, 3:55 pm
Anggota bomba melecur kaki ketika padam kebakaran di Bandar Penawar
January 28, 2026, 3:36 pm
Cadangan hadkan motosikal di lebuh raya akan dinilai secara menyeluruh - Anthony Loke
January 28, 2026, 3:16 pm
Tekanan di tempat kerja salah satu punca gay - Menteri Agama
January 28, 2026, 2:38 pm
Muhyiddin cadang mansuh jawatan pengerusi PN, susun semula kepimpinan gabungan
January 28, 2026, 2:34 pm
Harga emas lepasi AS$5,200 buat pertama kali susulan kejatuhan dolar AS
January 28, 2026, 2:29 pm
Kerajaan Kelantan tetapkan syarat ketat lesen mendulang emas
January 28, 2026, 2:25 pm
