Berita Berita
'Dah macam tiada pelapis' - Ahli Parlimen PH persoal tindakan kerajaan lanjut jawatan Azam Baki tiga kali
KUALA LUMPUR 27 Jan - Isu lanjutan tempoh perkhidmatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, kembali dibangkitkan di Dewan Rakyat apabila kerajaan digesa menjelaskan rasional di sebalik pelantikan semula beliau sebanyak tiga kali bagi mengelakkan persepsi negatif terhadap kebebasan institusi itu.
Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya) berkata, tindakan melanjutkan kontrak individu yang sama secara berulang boleh menimbulkan tanggapan seolah-olah SPRM tidak mempunyai pelapis berbakat atau wujud campur tangan pihak tertentu dalam pelantikan jawatan tertinggi agensi antirasuah berkenaan.
“Langkah yang lebih telus dan terbuka adalah melalui Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi Parlimen,” katanya dalam perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja di Dewan Rakyat.
Pada Mei lalu, kerajaan mengumumkan pelantikan semula Azam bagi jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM selama setahun.
Azam, yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, dilantik menerajui agensi antirasuah itu pada 9 Mac 2020 bagi menggantikan Latheefa Koya yang meletak jawatan susulan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Kontrak beliau kemudiannya disambung dua kali, masing-masing dengan lanjutan setahun pada 10 Mei 2023 dan setahun lagi pada tahun lalu.
Pada akhir 2021, Azam menjadi perhatian media susulan dakwaan berkaitan pemilikan saham dan waran. Beliau bagaimanapun menafikan sebarang salah laku, walaupun beberapa kumpulan pemantau serta pemimpin PH ketika itu menggesa siasatan dijalankan ke atasnya.
Pada Januari 2022, Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah memaklumkan bahawa pihaknya berpuas hati dengan penjelasan Azam bahawa beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam pemilikan saham yang didakwa, memandangkan akaunnya digunakan oleh adiknya, Nasir, untuk membeli saham berkenaan.
Dalam perkembangan lain, Lee turut mengkritik laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang didakwa kurang memberi penekanan terhadap subjek sains dan matematik.
Beliau mendedahkan bahawa dalam laporan berkenaan, istilah ‘bahasa’ disebut sebanyak 33 kali, manakala istilah ‘sains’ hanya muncul empat kali dan ‘matematik’ lapan kali.
“Baik kita menghadam satu fakta pahit yang menyaksikan sememangnya ketinggalan skor Program Pendidikan Pelajar Antarabangsa (Pisa) kita, dengan bacaan (388 berbanding purata 476), sains (416 berbanding purata 485), dan matematik (409 berbanding 472).
“Kesan ini mula terasa apabila negara jiran seperti Vietnam telah melangkah lebih jauh dalam industri teknologi kerana tenaga kerja mereka lebih mahir menguasai sains dan teknologi,” katanya sambil menggesa Kementerian Pendidikan membentangkan hala tuju pemerkasaan STEM yang lebih jelas.
Berita berkaitan
January 28, 2026, 4:14 pm
Ops Jack Sparrow: Tiga suspek utama dihadapkan ke mahkamah
January 28, 2026, 4:05 pm
JAIS nafi tanggung kos roboh tanah diceroboh di PJS4
January 28, 2026, 3:55 pm
Anggota bomba melecur kaki ketika padam kebakaran di Bandar Penawar
January 28, 2026, 3:36 pm
Cadangan hadkan motosikal di lebuh raya akan dinilai secara menyeluruh - Anthony Loke
January 28, 2026, 3:16 pm
Tekanan di tempat kerja salah satu punca gay - Menteri Agama
January 28, 2026, 2:38 pm
Muhyiddin cadang mansuh jawatan pengerusi PN, susun semula kepimpinan gabungan
January 28, 2026, 2:34 pm
Harga emas lepasi AS$5,200 buat pertama kali susulan kejatuhan dolar AS
January 28, 2026, 2:29 pm
Kerajaan Kelantan tetapkan syarat ketat lesen mendulang emas
January 28, 2026, 2:25 pm
ETS beroperasi 24 jam secara bermusim mulai Tahun Baharu Cina
January 28, 2026, 2:20 pm
