Berita Berita
Polis sahkan MPV guna siren di lebuh raya ada kelulusan JPJ bagi urusan rasmi kementerian
KUALA LUMPUR 6 Feb - Polis mengesahkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang tular kerana menggunakan siren dan lampu pandu arah di sebuah lebuh raya di sini sebenarnya mempunyai kebenaran sah daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya sudah mengenal pasti MPV terbabit termasuk pemilik kenderaan berkenaan.
Hasil semakan mendapati kenderaan itu telah mendapat kelulusan daripada JPJ bagi penggunaan isyarat amaran berkenaan.
"Kenderaan berkenaan adalah kenderaan yang digunakan atas tugas rasmi sebuah kementerian.
"Penggunaan 'beacon' dan siren juga sudah mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah JPJ," katanya dalam kenyataan ringkas di sini, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya juga akan memanggil kenderaan terbabit dalam masa terdekat bagi tujuan pemeriksaan lanjut.
Semalam, media melaporkan polis sedang mengesan pemandu sebuah MPV yang dirakam menggunakan siren dan lampu pandu arah di sebuah lebuh raya di sini, baru-baru ini.
Mohd Zamzuri sebelum ini dipetik berkata, nombor pendaftaran kenderaan dalam rakaman video tular itu tidak dapat dipastikan.
Terdahulu, satu klip video berdurasi satu minit tiga saat tular di media sosial memaparkan sebuah MPV berwarna putih menggunakan siren dan lampu pandu arah seolah-olah kenderaan polis di laluan yang sesak.
Berita berkaitan
April 7, 2026, 9:17 am
Pemandu treler positif dadah didakwa bunuh, rempuh van hingga tiga sekeluarga maut
April 7, 2026, 8:49 am
Fadhlina beri penghormatan terakhir kepada dua penuntut IPG Perlis maut lemas
April 7, 2026, 8:32 am
Malaysia jamin laluan selamat bagi kapal komersial yang terkandas di Selat Hormuz
April 7, 2026, 8:23 am
Asnida Daim akan didakwa di mahkamah pagi ini gagal isytihar harta
April 7, 2026, 8:12 am
Akmal sifatkan kegagalan Sunway ambil alih IJM Corp sebagai kemenangan rakyat
April 6, 2026, 11:51 pm
Tawaran ambil alih RM11 bilion Sunway gagal, pegangan IJM tidak cecah 50 peratus
April 6, 2026, 10:57 pm
Suhu 'aircond' minimum 24 darjah Celsius, penjawat awam digalak pakai batik setiap hari
April 6, 2026, 10:26 pm
JPN tak sekat rakyat guna MyKad untuk subsidi BUDI95 asalkan ikut undang-undang
April 6, 2026, 8:16 pm
Tragedi memancing di Sungai Kubang Rotan: Lelaki 24 tahun maut bot terbalik
April 6, 2026, 8:11 pm
