Berita Berita
Api marak subuh, dua keluarga hilang tempat berteduh di Baling
BALING 11 Feb – Dua keluarga di Kampung Padang, Mukim Ulu Bakai berdepan detik hitam apabila rumah mereka bersama sebuah bengkel motosikal musnah dalam kebakaran awal pagi tadi, menyebabkan mangsa tinggal sehelai sepinggang.
Kejadian berlaku sekitar jam 5.28 pagi apabila pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling menerima panggilan kecemasan sebelum menggerakkan anggota ke lokasi kejadian.
Ketua BBP Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, kebakaran dipercayai bermula di bahagian hujung rumah berkembar yang menempatkan sebuah bengkel motosikal.
“Kebakaran tersebut menyebabkan bengkel motosikal musnah sepenuhnya termasuk enam buah motosikal pelbagai model dan sebuah kereta yang turut terbakar,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, operasi pemadaman berdepan kesukaran apabila bekalan air terhad berikutan pili bomba berada jauh, menyebabkan jentera terpaksa mengisi semula air dari pili berhampiran sebuah masjid sejauh kira-kira satu kilometer.
Bagaimanapun, kebakaran itu tidak melibatkan sebarang kecederaan apabila semua penghuni berjaya menyelamatkan diri tepat pada masanya, termasuk seorang wanita warga emas.
Difahamkan, kejadian disedari warga emas terbabit selepas ternampak api di bahagian bumbung rumah sebelum bertindak mengejutkan ahli keluarganya dengan mengetuk pintu rumah anaknya.
Punca kebakaran masih dalam siasatan pihak bomba.
Berita berkaitan
April 7, 2026, 4:24 pm
Ibu tunggal didakwa hantar komunikasi jelik hina Sultan dan dakwa jadi guru Agong
April 7, 2026, 4:20 pm
FAS cadang muka baharu terajui FAM, Shahril Mokhtar sifatkan masa terbaik pulihkan imej
April 7, 2026, 4:14 pm
Lelaki maut ditetak kumpulan bersenjata parang di Buntong
April 7, 2026, 4:10 pm
Dera anak kucing di dobi, penganggur menangis kena penjara 6 bulan
April 7, 2026, 3:29 pm
Tak dapat peminjam, jiran pula jadi mangsa Ahlong kutip hutang
April 7, 2026, 2:11 pm
Tun Mahathir nafi jadi punca perpecahan, dakwa ahli UMNO enggan beralih arah ke Bersatu
April 7, 2026, 1:54 pm
Fahmi selesai beri keterangan kes saman fitnah terhadap Ustaz Dusuki
April 7, 2026, 1:45 pm
