TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

FAS cadang muka baharu terajui FAM, Shahril Mokhtar sifatkan masa terbaik pulihkan imej

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 7 April – Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar mencadangkan agar muka baharu dilantik menerajui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi memulihkan semula imej badan induk tersebut.

Beliau menjelaskan bahawa sekarang adalah masa terbaik untuk melakukan perubahan total dalam pentadbiran bola sepak negara setelah terpalit dengan pelbagai isu sebelum ini.

"Saya rasa FAM kena ada perubahan total dan muka-muka baharu termasuk golongan korporat harus bertanding demi kebaikan bola sepak negara," katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026 hari ini.

Mengulas mengenai desas-desus penglibatan kerabat diraja, Shahril berpandangan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkemungkinan tidak berminat untuk bertanding kerana kekangan komitmen yang bakal dihadapi.

"Secara peribadi, tak mungkin baginda akan bertanding kerana masuk FAM nanti terikat, namun terpulang kepada baginda jika berubah fikiran dalam tempoh beberapa bulan lagi," jelas beliau lagi.

Dalam pada itu, Shahril turut menyatakan kurang bersetuju dengan cadangan agar Presiden Kehormat FAM, Tan Sri Hamidin Mohd. Amin kembali mengisi jawatan nombor satu itu sebagai pilihan alternatif.

Beliau menyarankan agar Hamidin kekal sebagai penasihat serta memberikan fokus sepenuhnya kepada jawatan penting di peringkat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Terdahulu, beberapa nama besar telah dikaitkan dengan jawatan panas tersebut termasuk Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah; tokoh korporat, Tan Sri Tony Fernandes; serta Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan.

+ - reset