Berita Berita
KPM cari penyelesaian terbaik isu tadika swasta susulan dasar kemasukan enam tahun ke Tahun Satu - Fadhlina
NIBONG TEBAL 12 Feb – Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan akan meneliti dan menangani kebimbangan pengusaha tadika swasta susulan pelaksanaan dasar kemasukan kanak-kanak berusia enam tahun ke Tahun Satu bermula sesi persekolahan tahun depan.
Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata pihak kementerian sudah mengadakan sesi libat urus bersama pengusaha tadika swasta baru-baru ini bagi membincangkan agenda baharu pendidikan negara itu.
Menurut beliau, sesi berkenaan bertujuan mendapatkan pandangan serta maklum balas pemain industri bagi memastikan pelaksanaan dasar dapat dilaksanakan secara lancar dan tersusun.
Secara keseluruhan, katanya, pengusaha tadika swasta menyokong agenda tersebut, namun beberapa perkara turut dibangkitkan kerana dikhuatiri boleh memberi kesan kepada operasi mereka.
"Justeru, penting untuk kementerian melihat isu-isu dibangkitkan itu, terutama mengenai kohort yang akan dilaksanakan serta dari segi penyelarasan yang dijangka selesai sedikit masa lagi, dan juga kebimbangan mereka, untuk kita sama-sama mencari jalan terbaik," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Serahan Smartboard Prasekolah dan Flag Off Susu UHT Farm Fresh Grow Percuma untuk Murid Prasekolah seluruh Pulau Pinang di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tasek Mutiara, di sini, hari ini.
Ahli Parlimen Nibong Tebal itu mengulas kenyataan sesetengah pihak yang mempersoalkan nasib pengusaha tadika swasta berikutan dasar baharu diperkenalkan KPM yang didakwa berpotensi menyebabkan kerugian jutaan ringgit.
Dalam perkembangan berkaitan, Fadhlina memaklumkan semua murid Tahun Satu, sama ada berusia enam atau tujuh tahun, serta pelajar Tingkatan Satu akan menggunakan kurikulum baharu mulai tahun depan.
Beliau berkata, ketika ini murid prasekolah telah pun menggunakan kurikulum baharu yang diperkenalkan kementerian.
Berita berkaitan
April 7, 2026, 4:24 pm
Ibu tunggal didakwa hantar komunikasi jelik hina Sultan dan dakwa jadi guru Agong
April 7, 2026, 4:20 pm
FAS cadang muka baharu terajui FAM, Shahril Mokhtar sifatkan masa terbaik pulihkan imej
April 7, 2026, 4:14 pm
Lelaki maut ditetak kumpulan bersenjata parang di Buntong
April 7, 2026, 4:10 pm
Dera anak kucing di dobi, penganggur menangis kena penjara 6 bulan
April 7, 2026, 3:29 pm
Tak dapat peminjam, jiran pula jadi mangsa Ahlong kutip hutang
April 7, 2026, 2:11 pm
Tun Mahathir nafi jadi punca perpecahan, dakwa ahli UMNO enggan beralih arah ke Bersatu
April 7, 2026, 1:54 pm
Fahmi selesai beri keterangan kes saman fitnah terhadap Ustaz Dusuki
April 7, 2026, 1:45 pm
