Berita Berita
Hamzah anggap Muhyiddin musuh nombor satu
KUALA LUMUR 14 Feb - Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan beliau tidak akan mengemukakan rayuan susulan pemecatannya sebagai ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Bekas Timbalan Presiden Bersatu itu berkata, keputusan berkenaan tidak akan menghalangnya daripada meneruskan perjuangan bersama rakan-rakan dalam parti.
Menurutnya, beliau menerima pemecatan tersebut dan memilih untuk tidak mencabar keputusan itu.
“Saya tidak akan buat rayuan sama sekali. Walaupun telah dipecat, saya tetap akan berjuang bersama-sama rakan dalam parti,” katanya.
Dalam pada itu, beliau secara terbuka menyatakan pendiriannya terhadap Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, dengan mendakwa dirinya sebagai musuh nombor satu pemimpin berkenaan.
Hamzah turut menegaskan bahawa perjuangan yang dibawanya bukan berlandaskan individu atau parti semata-mata, sebaliknya demi agama, bangsa dan negara.
Beliau berkata, rakyat mahukan kepimpinan yang benar-benar ikhlas serta jujur dalam menentukan hala tuju masa depan negara.
Berita berkaitan
April 7, 2026, 3:29 pm
Tak dapat peminjam, jiran pula jadi mangsa Ahlong kutip hutang
April 7, 2026, 2:11 pm
Tun Mahathir nafi jadi punca perpecahan, dakwa ahli UMNO enggan beralih arah ke Bersatu
April 7, 2026, 1:54 pm
Fahmi selesai beri keterangan kes saman fitnah terhadap Ustaz Dusuki
April 7, 2026, 1:45 pm
Isu Selat Hormuz: Hubungan akrab Malaysia, Iran kunci penyelesaian rundingan kapal terkandas
April 7, 2026, 12:50 pm
Remaja maut, rakan parah motosikal rempuh belakang lori rosak di Lebuhraya PLUS
April 7, 2026, 12:19 pm
Polis tahan 11 pemandu mabuk di Klang termasuk seorang wanita dalam Op Mabuk
April 7, 2026, 12:06 pm
Rumah ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaran musnah terbakar
April 7, 2026, 11:36 am
