Berita Berita
Trafik lebuh raya utama lancar pagi tadi
KUALA LUMPUR 16 Feb – Aliran trafik di lebuh raya utama seluruh negara dilaporkan lancar dan terkawal setakat jam 9.18 pagi tadi dengan keadaan cuaca baik.
Menurut kenyataan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), situasi itu melibatkan beberapa laluan utama termasuk Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur.
Keadaan sama turut dilaporkan di lebuh raya bertol sekitar Lembah Klang.
Menurut LLM, kelancaran trafik itu susulan orang ramai mengambil peluang menikmati diskaun tol 50 peratus yang ditawarkan kerajaan selama dua hari bermula 14 Februari hingga semalam bersempena musim perayaan dan cuti persekolahan.
Pada 7 Februari lalu, Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi, memaklumkan pelaksanaan diskaun tersebut membabitkan implikasi kewangan kira-kira RM19.5 juta sebagai pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya.
Diskaun berkenaan bermula jam 12.01 tengah malam 14 Februari dan berakhir 11.59 malam 15 Februari.
LLM dalam masa sama menasihatkan pengguna agar merancang perjalanan, memastikan kenderaan dalam keadaan baik serta menyemak baki Touch ‘n Go, Smart Tag dan RFID sebelum memulakan perjalanan.
Orang ramai juga diingatkan supaya mematuhi had laju, menjaga jarak selamat dan peka terhadap keadaan sekeliling.
Maklumat trafik semasa boleh diperoleh menerusi talian PLUSLine 1-800-88-0000, laman X @plustrafik, talian LLM 1-800-88-7752 atau laman X @llmtrafik.
Berita berkaitan
February 17, 2026, 12:32 pm
Pemuda UMNO gesa Azam Baki direhatkan sementara siasatan selesai
February 17, 2026, 12:12 pm
Bergesel Bezza ketika eskot rasmi di Bukit Pasir, MPV polis disaman
February 17, 2026, 12:07 pm
Penunggang LC135 parah langgar lori sampah di Jalan Free School
February 17, 2026, 11:58 am
Suhakam gesa RCI siasat dakwaan terhadap Azam Baki
February 17, 2026, 11:54 am
Anwar seru rakyat fokus perpaduan sempena Tahun Baharu Cina
February 17, 2026, 11:18 am
Lima sekeluarga ditemui mati dipercayai dibunuh dalam rumah di Kuantan
February 16, 2026, 8:03 pm
Lelaki obesiti 150kg dibantu bomba turun dari rumah di Batu Uban
February 16, 2026, 7:54 pm
Anwar seru rakyat perkukuh muhibah, tolak prasangka sempena Tahun Baharu Cina
February 16, 2026, 5:53 pm
SPRM buka kertas siasatan perjanjian RM1.1 bilion dengan syarikat asing
February 16, 2026, 5:40 pm
