Berita Berita
Bergesel Bezza ketika eskot rasmi di Bukit Pasir, MPV polis disaman
MUAR 17 Feb – Tular sebuah video memaparkan insiden membabitkan sebuah Perodua Bezza dengan kenderaan peronda polis (MPV) di Jalan Paya Panjang, Bukit Pasir, di sini Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku pada 15 Februari kira-kira pukul 10 pagi ketika anggota MPV polis sedang menjalankan tugas eskot rasmi di kawasan berkenaan.
“Kenderaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) jenis Honda Civic telah bergesel dengan sebuah Perodua Bezza dari arah bertentangan.
“Tiada kecederaan dilaporkan dan kedua-dua kenderaan hanya mengalami kerosakan kecil pada bahagian cermin sisi serta pintu kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, polis kini menjalankan siasatan lanjut termasuk semakan rakaman papan pemuka (dashcam) serta rakaman percakapan saksi di bawah Peraturan 10, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.
“Saman telah dikeluarkan kepada pemandu kenderaan PDRM pada hari kejadian,” katanya.
Berita berkaitan
February 17, 2026, 12:32 pm
Pemuda UMNO gesa Azam Baki direhatkan sementara siasatan selesai
February 17, 2026, 12:07 pm
Penunggang LC135 parah langgar lori sampah di Jalan Free School
February 17, 2026, 11:58 am
Suhakam gesa RCI siasat dakwaan terhadap Azam Baki
February 17, 2026, 11:54 am
Anwar seru rakyat fokus perpaduan sempena Tahun Baharu Cina
February 17, 2026, 11:18 am
Lima sekeluarga ditemui mati dipercayai dibunuh dalam rumah di Kuantan
February 16, 2026, 8:03 pm
Lelaki obesiti 150kg dibantu bomba turun dari rumah di Batu Uban
February 16, 2026, 7:54 pm
