TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Anwar seru rakyat fokus perpaduan sempena Tahun Baharu Cina

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 17 Feb – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menyeru rakyat supaya memberi tumpuan kepada semangat perpaduan dan kebersamaan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Beliau berkata, perayaan tersebut wajar diraikan dalam suasana penuh muhibah tanpa diganggu isu lain yang boleh menjejaskan keharmonian.

“Selamat Hari Raya Cina bagi harapan kemajuan, rakyat, perpaduan. Hari ini patut tumpu kepada semangat perpaduan Hari Raya (Tahun Baharu) Cina.

“Itu yang penting sekarang. Jangan sibuk soal-soal lain, nantilah. Sabar. Lebih baik fokus hari ini kepada semangat rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Malaysian Chinese Association (MCA) di ibu negara.

Ketibaan beliau disambut Presiden MCA, Wee Ka Siong.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi serta bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Kehadiran barisan pemimpin utama negara itu menyerlahkan semangat kebersamaan dan perpaduan dalam meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama masyarakat pelbagai kaum.

+ - reset