Berita Berita
Penunggang LC135 parah langgar lori sampah di Jalan Free School
GEORGE TOWN 17 Feb – Seorang lelaki cedera parah selepas motosikal ditunggangnya melanggar belakang sebuah lori sampah dalam kejadian di Jalan Free School, di sini awal pagi tadi.
Impak pelanggaran itu menyebabkan mangsa berusia 36 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 tersepit di bahagian belakang lori berkenaan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.12 pagi dan tiba di lokasi tujuh minit kemudian.
“Sebaik tiba di lokasi, anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit di belakang lori sampah tersebut menggunakan peralatan menyelamat.
“Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 4.24 pagi dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.
“Manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu,” katanya hari ini.
Tambah beliau, operasi melibatkan enam anggota bersama sebuah jentera FRT itu tamat sepenuhnya pada jam 4.37 pagi dengan bantuan pihak polis dan Kementerian Kesihatan.
Berita berkaitan
February 17, 2026, 12:32 pm
Pemuda UMNO gesa Azam Baki direhatkan sementara siasatan selesai
February 17, 2026, 12:12 pm
Bergesel Bezza ketika eskot rasmi di Bukit Pasir, MPV polis disaman
February 17, 2026, 11:58 am
Suhakam gesa RCI siasat dakwaan terhadap Azam Baki
February 17, 2026, 11:54 am
Anwar seru rakyat fokus perpaduan sempena Tahun Baharu Cina
February 17, 2026, 11:18 am
Lima sekeluarga ditemui mati dipercayai dibunuh dalam rumah di Kuantan
February 16, 2026, 8:03 pm
Lelaki obesiti 150kg dibantu bomba turun dari rumah di Batu Uban
February 16, 2026, 7:54 pm
