TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Suhakam gesa RCI siasat dakwaan terhadap Azam Baki

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 17 Feb – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki susulan laporan media antarabangsa.

Menurut Suhakam, pihaknya bimbang sekiranya jawatankuasa penyiasatan khas yang ditubuhkan tidak mempunyai kuasa statutori jelas serta kuasa penyiasatan mencukupi untuk menyiasat dakwaan tersebut secara menyeluruh.

“Badan yang tidak mempunyai kuasa untuk memanggil saksi hadir, menghendaki pengeluaran dokumen atau mendapatkan bukti berkaitan berisiko dinilai sebagai terhad dari segi skop dan keberkesanan,” menurut kenyataan itu.

Suhakam menegaskan rasuah boleh memberi kesan buruk terhadap hak asasi manusia sekiranya tidak ditangani dengan serius dan telus.

Menurutnya, RCI mempunyai kuasa lebih luas termasuk memanggil saksi, memeriksa mereka di bawah sumpah serta memaksa pengeluaran dokumen penting.

Katanya, kuasa tersebut amat penting bagi memastikan pemeriksaan yang bebas, menyeluruh dan telus terhadap semua dakwaan yang dibangkitkan.

Suhakam turut menekankan bahawa skop siasatan tidak seharusnya terhad kepada isu tertentu sahaja, sebaliknya perlu merangkumi semua dakwaan serius yang diketahui umum termasuk dakwaan berkaitan pemilikan saham dan laporan pakatan sulit.

“Pendekatan yang tidak menyeluruh atau bersifat selektif berisiko mewujudkan persepsi berat sebelah serta menjejaskan kredibiliti proses tersebut,” katanya.

+ - reset