Berita Berita
Dibungkus dalam karpet, tiga beranak ditemui maut di Sungai Petani
SUNGAI PETANI 26 Mac – Tiga beranak ditemukan maut dalam keadaan tragis di dalam rumah mereka di Kampung Belau, Merbok, dekat sini, tengah malam tadi.
Mayat pasangan suami isteri berusia 65 dan 53 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak sempurna serta dibungkus di dalam karpet di bahagian dapur rumah.
Sementara itu, mayat anak lelaki mereka berusia 29 tahun ditemukan di dalam bilik di tingkat atas rumah dua tingkat berkenaan dengan kesan kelar pada leher.
Berdasarkan keadaan mayat pasangan suami isteri yang telah membengkak dan berbau, kedua-dua mangsa dipercayai meninggal dunia beberapa hari sebelum ditemui.
Ketiga-tiga mangsa ditemui oleh anggota polis bersama penduduk kampung yang melancarkan gerakan mencari selepas pasangan berkenaan gagal dihubungi sejak Isnin lalu.
Difahamkan, lelaki berusia 65 tahun itu bekerja kampung manakala isterinya merupakan tukang cuci di sebuah sekolah di bandar Sungai Petani. Pasangan tersebut dilaporkan baru beberapa tahun mendirikan rumah tangga dan masing-masing mempunyai seorang anak lelaki.
Mereka tinggal bersama anak kandung kepada mangsa wanita, yang merupakan bekas pelajar sebuah universiti di Pulau Pinang, namun tidak menamatkan pengajian kerana mengalami masalah kemurungan.
Kesemua mayat telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan penemuan tiga mayat tersebut.
Berita berkaitan
April 5, 2026, 5:02 pm
PN belum terima permohonan Hamzah sertai parti komponen – Takiyuddin
April 5, 2026, 4:52 pm
Polis buru pemandu lawan arus sejauh 500 meter di Jalan Klang Lama
April 5, 2026, 4:49 pm
Gara-gara buat aksi 'gelongsor', kaki budak 10 tahun tersangkut di celah pemegang tangga PPR
April 5, 2026, 4:40 pm
KPM siasat pematuhan SOP insiden dua pelajar IPG lemas di Pantai Merdeka
April 5, 2026, 4:31 pm
'Berilah sedikit kredit' – PM bidas pembangkang, tegas tidak 'apologetik' depan Trump
April 5, 2026, 11:47 am
Malaysia kecam serangan berterusan ke atas UNIFIL, desak tindakan tegas Majlis Keselamatan PBB
April 4, 2026, 8:07 pm
Kejohanan Catur Masjid India tarik lebih 200 peserta, buka laluan ke pentas dunia
April 4, 2026, 1:39 pm
KPT teliti langkah bantu mahasiswa hadapi peningkatan kos sara hidup
April 4, 2026, 1:04 pm
Suspek cederakan anggota AADK di Bangsar dikenal pasti miliki rekod jenayah dan dadah
April 4, 2026, 12:50 pm
