Berita Berita
Mayat bayi masih bertali pusat ditemui berhampiran pencawang masjid di Kuala Pilah
KUALA PILAH 27 Mac – Mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemukan di kawasan pencawang telekomunikasi berhampiran Masjid Rembang Panas, di sini, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Shamrol Shah Ramli berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan itu melalui panggilan telefon kira-kira pukul 6.30 petang.
Menurut beliau, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah bersama Bahagian Forensik (D10) Kontinjen Negeri Sembilan telah ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan lanjut.
“Hasil pemeriksaan awal mendapati mayat itu adalah seorang bayi lelaki dalam keadaan cukup sifat dan masih bertali pusat. Pemeriksaan lanjut mendapati bayi itu sudah meninggal dunia dianggarkan dua hari dan mula mengalami proses pereputan.
“Pemeriksaan fizikal tidak menemui sebarang kesan kecederaan luaran. Identiti bayi masih belum dikenal pasti dan punca kematian masih dalam siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, mayat bayi berkenaan telah dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Kuala Pilah di talian 06-4842999 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Supiah Ishak di talian 019-9933978.
Berita berkaitan
April 5, 2026, 5:02 pm
PN belum terima permohonan Hamzah sertai parti komponen – Takiyuddin
April 5, 2026, 4:52 pm
Polis buru pemandu lawan arus sejauh 500 meter di Jalan Klang Lama
April 5, 2026, 4:49 pm
Gara-gara buat aksi 'gelongsor', kaki budak 10 tahun tersangkut di celah pemegang tangga PPR
April 5, 2026, 4:40 pm
KPM siasat pematuhan SOP insiden dua pelajar IPG lemas di Pantai Merdeka
April 5, 2026, 4:31 pm
'Berilah sedikit kredit' – PM bidas pembangkang, tegas tidak 'apologetik' depan Trump
April 5, 2026, 11:47 am
Malaysia kecam serangan berterusan ke atas UNIFIL, desak tindakan tegas Majlis Keselamatan PBB
April 4, 2026, 8:07 pm
Kejohanan Catur Masjid India tarik lebih 200 peserta, buka laluan ke pentas dunia
April 4, 2026, 1:39 pm
KPT teliti langkah bantu mahasiswa hadapi peningkatan kos sara hidup
April 4, 2026, 1:04 pm
Suspek cederakan anggota AADK di Bangsar dikenal pasti miliki rekod jenayah dan dadah
April 4, 2026, 12:50 pm
