TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Remaja perempuan 15 tahun hilang selepas keluar rumah di Bandar Pinggiran Subang

By
|
Kongsi
image

SUNGAI BULOH 7 Mei – Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari kediamannya di Pangsapuri Orkid, Bandar Pinggiran Subang, semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superitendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, memaklumkan laporan kehilangan remaja tersebut, Mya Qyasyeh Qyaisara Abdullah, diterima pada jam 12.34 tengah hari tadi selepas bapanya menyedari mangsa tidak pulang ke rumah sejak jam 7.10 pagi semalam.

Mangsa yang mempunyai ketinggian 157 sentimeter dan berat 49 kilogram itu kali terakhir dilihat berpakaian seragam sekolah lengkap iaitu baju putih, kain biru, serta bertudung putih dan berselipar.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan remaja tersebut diminta segera menghubungi balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Sarjan Mohd Hizam Talib di talian 012-6550262 bagi membantu siasatan.

+ - reset