Berita Berita
Selangor kekal negeri tertinggi tubuh koperasi, rekod pendapatan RM706.31 juta
OIeh NUR LELA ZULKIPLI
SUNGAI BULOH 23 Ogos - Selangor sekali lagi menjadi negeri terbanyak menubuhkan koperasi dengan perolehan mencecah RM706.31 juta setakat 31 Disember tahun lalu.
Selangor berjaya mengekalkan prestasi cemerlangnya itu selama 16 tahun berturut-turut dengan penubuhan sebanyak 2,115 koperasi dan keanggotaan seramai 648,633 orang.
Nilai aset keseluruhan bagi koperasi yang ditubuhkan juga mencecah RM2.69 juta sekali gus berjaya membuktikan ekonomi di negeri ini terus berkembang melalui kepelbagaian jaringan perniagaan.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R Ramanan berkata, usaha Selangor perlu dicontohi negeri lain bagi mewujudkan satu suasana sihat dalam masyarakat sekali gus dapat meningkatkan ekonomi negara ke tahap lebih baik.
"Kita mahu sasarkan sebanyak mungkin koperasi untuk dibuka kerana kita dapat lihat hubungan antara ahli yang kuat seperti sebuah keluarga.
"Mereka bekerja sama sebagai keluarga dan berniaga sebagai keluarga. Jadi, dia berkongsi keuntungan juga sebagai keluarga.
"Jadi, saya lihat konsep koperasi ini mempunyai persamaan dengan konsep Madani dan berharap ia dapat diteruskan pada masa akan datang," katanya pada Majlis Perasmian Hari Koperasi Negara (HKN) 2024 Peringkat Negeri Selangor, di sini, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawan) KUSKOP, Datuk Zamri Salleh; Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Rusli Jaafar dan Pengarah SKM Selangor, Zahir Dahari.
Mengulas lanjut, Ramanan berkata, pihaknya akan terus komited untuk membangun dan meningkatkan pencapaian Koperasi ke tahap yang lebih tinggi.
"Pelbagai insentif telah diperkenalkan bagi mendorong dan menggalakkan Koperasi mengembangkan perniagaannya selain usaha yang diwujudkan bagi mencapai Dasar Koperasi Malaysia 2030 yang diperkenalkan oleh Kerajaan Madani.
"Jadi, saya berharap negeri lain akan bersama mewujudkan lebih banyak koperasi untuk kebaikan pelbagai lapisan masyarakat," katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
May 25, 2026, 3:58 pm
Sokong pekebun kecil, Kerajaan teruskan skim bantuan BUDI Agri-Komoditi secara bersasar
May 25, 2026, 3:54 pm
JASANUSA gesa SPRM siasat syarikat tawar pakej qurban luar negara
May 25, 2026, 3:48 pm
Petronas beri jaminan stok minyak negara cukup sehingga Julai
May 25, 2026, 2:44 pm
Kes rasuah Muhyiddin: Mahkamah panggil Tengku Zafrul jadi saksi Julai ini
May 25, 2026, 2:04 pm
Penduduk di kebanyakan negeri dijangka sambut Aidiladha dalam hujan dan ribut petir
May 25, 2026, 1:07 pm
21 AJK PKR Shah Alam letak jawatan, dakwa hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti
May 25, 2026, 12:42 pm
Maha Berjaya raih sambutan luar biasa, lebih 1,000 kambing qurban terjual tahun ini
May 25, 2026, 11:31 am
