Berita Berita
Ibu keluar bekerja, budak 6 tahun parah jatuh tingkat 6 di Seri Iskandar

Oleh NUR LELA ZULKIPLI
SERI ISKANDAR 18 Okt - Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun parah selepas terjatuh dari tingkat enam sebuah pangsapuri di sini, malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah, berkata pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu pada jam 10.50 malam.
Menurutnya, mangsa segera dibawa ke Hospital Changkat Melintang, Lambor Kanan sebelum menerima rawatan lanjut di wad unit rawatan rapi pediatrik (PICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan kini disahkan dalam keadaan stabil.
"Siasatan awal mendapati, ketika kejadian mangsa tinggal bersama kakak berusia 12 tahun dan adik perempuan berusia dua tahun sembilan bulan, manakala ibu mangsa berada di tempat kerja.
"Mangsa dipercayai terjatuh dari rumah ketika memanjat balkoni untuk bermain bersama kawan-kawan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Aminuddin Haiqal Mohamed Masnani di talian 019-6751267 bagi membantu siasatan. - Media Telus
Berita berkaitan
May 15, 2025, 12:35 pm
Polis tembak mati penjenayah miliki 34 rekod lampau di Bayan Lepas
May 15, 2025, 12:34 pm
Nurul Izzah enggan terlibat debat, fokus kempen, kurang ketegangan
May 15, 2025, 12:24 pm
Asyraf Wajdi terharu terima kejutan hari lahir di Majlis Konvokesyen IPMA
May 15, 2025, 12:07 pm
Anekdot lucu Anwar-Putin ceriakan sidang media di Kremlin
May 15, 2025, 11:44 am
Lelaki maut rempuh motosikal keluar simpang mengejut di Muar
May 15, 2025, 11:41 am
Guru didakwa tikam anak sendiri, diperintah jalani pemeriksaan mental
May 15, 2025, 11:26 am
Rumah, kedai musnah terbakar di Kampung Baru
May 15, 2025, 11:18 am
Sanusi tegur sekolah sorok isu dadah, umum henti lesen vape di Kedah
May 15, 2025, 11:08 am