Berita Berita
Polis tembak mati penjenayah miliki 34 rekod lampau di Bayan Lepas

GEORGETOWN, 15 Mei – Seorang lelaki berusia 35 tahun yang mempunyai 34 rekod jenayah lampau ditembak mati selepas melepaskan tembakan ke arah polis dalam kejadian di Lintang Bukit Jambul, Bayan Lepas, awal pagi tadi.
Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, kejadian berlaku pada pukul 4.03 pagi ketika suspek yang memandu sebuah kereta BMW dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh pasukan polis yang menjalankan operasi cegah jenayah.
Ketika anggota menghampiri kenderaan dan memperkenalkan diri, suspek bertindak keluar dari kereta dan melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan, menyebabkan polis terpaksa membalas tembakan bagi mempertahankan diri.
Suspek disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Pemeriksaan lanjut menemukan sepucuk pistol jenis FNP-45 bersama tiga butir peluru, serta beberapa senjata lain termasuk batang besi, kayu rotan dan parang.
Turut dirampas ialah ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine seberat 22.5 gram, peralatan dipercayai ‘jammer signal’, serta pakaian dan peralatan dipercayai digunakan dalam kegiatan pecah rumah.
Susulan insiden itu, polis turut menahan lapan individu termasuk seorang wanita dalam beberapa tangkapan berasingan kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti jenayah bersama suspek, dengan empat daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau.
Dengan tertumpasnya kumpulan ini, pihak polis percaya mereka telah berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 25 kes samun, pecah rumah dan premis dobi di sekitar Pulau Pinang yang melibatkan kerugian dianggarkan sebanyak RM500,000.
Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.
Berita berkaitan
May 15, 2025, 9:43 pm
MISI terus perkasa komuniti India melalui AI, kreativiti digital
May 15, 2025, 7:02 pm
NIOSH sedia bantu tingkatkan keselamatan pemandu kenderaan berat susulan tragedi FRU
May 15, 2025, 6:26 pm
Tibi ragut 11 nyawa di Terengganu tahun ini
May 15, 2025, 6:07 pm
MCMC siasat ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap di media sosial
May 15, 2025, 4:00 pm
Padah simpan minyak masak tanpa lesen, restoran nasi kandar didenda RM100,000
May 15, 2025, 3:19 pm
Rakyat boleh buat aduan jika GP, klinik pakar swasta gagal beri bil terperinci - KKM
May 15, 2025, 3:05 pm
JPA cadang kekalkan bayaran bulanan pencen elak pesara jadi mangsa scam
May 15, 2025, 2:32 pm
Ops Gasak bukan untuk tarik subsidi LPG - Menteri KPDN
May 15, 2025, 2:29 pm