Berita Berita
Lelaki maut rempuh motosikal keluar simpang mengejut di Muar

MUAR, 15 Mei – Seorang pemuda maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah motosikal lain yang keluar dari simpang secara mengejut di Parit Amat, Jalan Temenggung Ahmad, semalam.
Kejadian berlaku sekitar pukul 8.15 pagi, melibatkan mangsa, Mohd. Yunos Abdullah, 27, yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, siasatan awal mendapati mangsa datang dari arah Parit Bakar menuju ke Parit Jawa sebelum melanggar motosikal yang ditunggang seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun yang keluar dari Simpang Parit Amat.
“Akibat pelanggaran tersebut, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala penunggang motosikal satu lagi mengalami kecederaan parah dan sedang dirawat di Zon Merah, Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM50,000 jika sabit kesalahan.
Berita berkaitan
May 15, 2025, 7:02 pm
NIOSH sedia bantu tingkatkan keselamatan pemandu kenderaan berat susulan tragedi FRU
May 15, 2025, 6:26 pm
Tibi ragut 11 nyawa di Terengganu tahun ini
May 15, 2025, 6:07 pm
MCMC siasat ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap di media sosial
May 15, 2025, 4:00 pm
Padah simpan minyak masak tanpa lesen, restoran nasi kandar didenda RM100,000
May 15, 2025, 3:19 pm
Rakyat boleh buat aduan jika GP, klinik pakar swasta gagal beri bil terperinci - KKM
May 15, 2025, 3:05 pm
JPA cadang kekalkan bayaran bulanan pencen elak pesara jadi mangsa scam
May 15, 2025, 2:32 pm
Ops Gasak bukan untuk tarik subsidi LPG - Menteri KPDN
May 15, 2025, 2:29 pm
Polis Kelantan dedah ada anggota bertugas di sempadan terlibat penyeludupan dadah
May 15, 2025, 2:18 pm