Berita Berita
Nurul Izzah enggan terlibat debat, fokus kempen, kurang ketegangan

KUALA LUMPUR 15 Mei - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menegaskan bahawa beliau tidak berminat untuk menyertai perdebatan dengan pencabarnya, Datuk Seri Rafizi Ramli bagi jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti kali ini.
Menurut Nurul Izzah, beliau tidak mahu kempen kali ini dibebani dengan isu yang berpotensi meningkatkan ketegangan dalaman, sebaliknya menekankan pendekatan yang lebih menyeluruh serta memberi manfaat kepada rakyat.
“Saya tidak mahu kita dibebani dengan isu seperti perdebatan. Ini bukan soal berpolitik semata-mata,” katanya dalam sidang media selepas satu program bersama akar umbi PKR di sini, malam tadi, seperti dilaporkan BERNAMA.
Jelas beliau, tumpuan kempen yang dibawanya kali ini adalah terhadap program berimpak tinggi yang memberi penekanan kepada penyertaan wanita dan pengundi muda, sambil meminimumkan sebarang elemen yang boleh mencetuskan perpecahan.
Sebelum itu, Rafizi menerusi satu program Jelajah Hidupkan Idealisme Reformasi dalam Ujian Kuasa (HIRUK) di Mentakab, Pahang menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan Nurul Izzah, bagi meredakan suasana hangat dalam kalangan penyokong kedua-dua pihak.
“Insya-Allah, saya tiada masalah untuk berdebat dengan Nurul Izzah,” katanya sambil mengakui terdapat cadangan daripada akar umbi supaya debat itu diadakan demi memperkaya wacana kempen.
Cadangan itu turut disuarakan oleh Naib Ketua Pemuda PKR, Prasanth Kumar Brakasam yang menyarankan debat awam sebagai platform untuk calon membentangkan idea, visi dan strategi dalam memperkukuh parti, Kerajaan Perpaduan serta Pakatan Harapan (PH).
Untuk rekod, pada pemilihan PKR 2022, Rafizi berjaya menewaskan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail untuk jawatan Timbalan Presiden. Nurul Izzah pula tidak bertanding ketika itu dan dilantik sebagai Naib Presiden.
Mengulas lanjut, Nurul Izzah berkata keutamaannya kini adalah untuk mendekati perwakilan melalui program-program bersama wanita dan golongan muda.
“Kita mahu kurangkan ketegangan kerana keutamaan kita ialah menyantuni perwakilan. Saya mahu teruskan kerja saya. Kita bukan sekadar mahu berpolitik, tetapi mahu melibatkan semua cabang secara inklusif,” katanya.
Beliau turut menyeru agar parti lebih fokus menghadapi pilihan raya umum akan datang, dengan memastikan jangkauan kempen tidak hanya tertumpu kepada penyokong tegar, tetapi juga kepada pengundi atas pagar yang semakin kritikal dalam menentukan kemenangan. - Media Telus
Berita berkaitan
May 15, 2025, 7:02 pm
NIOSH sedia bantu tingkatkan keselamatan pemandu kenderaan berat susulan tragedi FRU
May 15, 2025, 6:26 pm
Tibi ragut 11 nyawa di Terengganu tahun ini
May 15, 2025, 6:07 pm
MCMC siasat ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap di media sosial
May 15, 2025, 4:00 pm
Padah simpan minyak masak tanpa lesen, restoran nasi kandar didenda RM100,000
May 15, 2025, 3:19 pm
Rakyat boleh buat aduan jika GP, klinik pakar swasta gagal beri bil terperinci - KKM
May 15, 2025, 3:05 pm
JPA cadang kekalkan bayaran bulanan pencen elak pesara jadi mangsa scam
May 15, 2025, 2:32 pm
Ops Gasak bukan untuk tarik subsidi LPG - Menteri KPDN
May 15, 2025, 2:29 pm
Polis Kelantan dedah ada anggota bertugas di sempadan terlibat penyeludupan dadah
May 15, 2025, 2:18 pm