Berita Berita
Malaysia akan terus tuntut keadilan kes MH17, Anwar bangkitkan isu kepada Putin

KUALA LUMPUR 15 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Malaysia akan terus memperjuangkan keadilan dan kebenaran berhubung insiden pesawat Malaysia Airlines (MH17) yang ditembak jatuh di Ukraine pada 2014.
Dalam satu kenyataan, Anwar berkata beliau telah membangkitkan perkara itu secara langsung kepada Presiden Russia, Vladimir Putin dalam pertemuan dua hala di Kremlin semalam.
“Saya bangkitkan keputusan Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) berhubung insiden pesawat MH17 secara terus di hadapan Presiden Russia, Vladimir Putin dalam pertemuan dua hala kami di Kremlin,” katanya.
Menurut beliau, Malaysia berpendirian bahawa siasatan serta proses berkaitan perlu dijalankan secara bebas dan adil dengan kerjasama semua pihak.
Terdahulu, ICAO yang merupakan badan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memutuskan bahawa Russia bertanggungjawab dalam insiden yang meragut 298 nyawa itu dan akan mempertimbang bentuk pampasan yang sesuai dalam tempoh terdekat.
Anwar berkata Malaysia akan terus bersuara secara berprinsip bagi memastikan keadilan untuk mangsa dan keluarga mereka.
Insiden MH17 berlaku pada 17 Julai 2014 apabila pesawat Boeing 777 yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine. Semua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 43 rakyat Malaysia, terkorban.
Pada November 2022, Mahkamah Belanda mensabitkan dua warga Russia dan seorang warga Ukraine secara in absentia atas kesalahan membunuh kerana penglibatan mereka dalam serangan itu.
Anwar kini berada di Russia untuk lawatan rasmi empat hari bermula 13 Mei atas jemputan Presiden Putin, dan dijadualkan meneruskan lawatan ke Kazan, Tatarstan hari ini. - Media Telus
Berita berkaitan
May 15, 2025, 7:02 pm
NIOSH sedia bantu tingkatkan keselamatan pemandu kenderaan berat susulan tragedi FRU
May 15, 2025, 6:26 pm
Tibi ragut 11 nyawa di Terengganu tahun ini
May 15, 2025, 6:07 pm
MCMC siasat ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap di media sosial
May 15, 2025, 4:00 pm
Padah simpan minyak masak tanpa lesen, restoran nasi kandar didenda RM100,000
May 15, 2025, 3:19 pm
Rakyat boleh buat aduan jika GP, klinik pakar swasta gagal beri bil terperinci - KKM
May 15, 2025, 3:05 pm
JPA cadang kekalkan bayaran bulanan pencen elak pesara jadi mangsa scam
May 15, 2025, 2:32 pm
Ops Gasak bukan untuk tarik subsidi LPG - Menteri KPDN
May 15, 2025, 2:29 pm
Polis Kelantan dedah ada anggota bertugas di sempadan terlibat penyeludupan dadah
May 15, 2025, 2:18 pm